SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Jumaat, 3 Februari 2012


                          STRATEGI PEMBANGUNAN PERISIAN




                                                            



          Assalamualaikum...salam satu Malysia, hari aku nak citer sikit tentang  strategi di dalam pembangunan perisian  ( SOFTWARE DEVELOPTMENT STRATEGIES). Artikel ini adalah susulan daripada soalan salah seorang pengunjung Blog ni, iaitu saudari Zar Zariena. Mungkin artikel kali ini sesuai untuk mereka yang terlibat dalam bidang sains komputer atau seumpamanya. Namun tak salah kalau korang mau ambik tau jugak kan...it's good to know right.


         Perbezaan tahap produktiviti di kalangan pembangun perisian boleh membawa kepada perbezaan yang nyata dari segi keberhasilan sesuatu perisian. Produktiviti perlu diukur atau dinilai meliputi jangka hayat penuh perisian tersebut, ini termasuklah pelancaran atau penggunaan (deployment), latihan untuk pengguna (user training), pembaikan (maintenance), sokongan pengguna (user support) dan kos bagi penambahbaikan sistem selaras dengan perniagaan yang semakin berkembang.


         Terdapat beberapa pendekatan kepada pembangunan perisian, kira macam pandangan beberapa parti politik terhadap ideologi untuk memerintah sesebuah negara....berbeza-beza bukan ? Namun objektifnya sama iaitu berkempen agar mendapat sokongan pengundi, lalu membentuk kerajaan yang mampu memrintah. Okeylah cukup la ngan analogi politik tu, pasal ni bukan Blog politik tapi IT. Okey berbalik kepada topik, pendekatan atau strategi dalam pembangunan perisian ni biasanya berorientasikan perniagaan. Walaupun terdapat kepelbagaian dalam strategi pembangunan perisian ni, namun kebanyakkanya adalah sama dari segi metod kombinasi peringkat-peringkat pembangunan perisian seperti di bawah :


  • Market research (Mengkaji Pasaran )
  • Gathering requirements for the proposed business solution ( Mengenalpasti keperluan perniagaan)
  • Analyzing the problem (Mengenalpasti Masalah)
  • Devising a plan or design for the software-based solution ( Rangka pelan atau rekabentuk perisian)
  • Implementation (coding) of the software ( implimetasi atau kerja-kerja mengekod perisian)
  • Testing the software ( Uji perisian)
  • Deployment (Pelancaran )
  • Maintenance and bug fixing (Kerja pemulihan dan pembaikan pepijat )

  •            Okeylah saudari Zar Zariena, setakat ni aje info tentang startegi pembangunan perisian, kalau ada sebarang kemusykilan lagi sudi-sudi la ajukan lagi soalan tu yek. Insya Allah akan dijawab ngan segera....Wassalam.

    1 ulasan:

    Cik Zar berkata...

    saya da baca tapi masih kurang fhm .. terangkan lebih terperinci dgn cth skali ..