SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Sabtu, 14 Januari 2012

      

              PANDUAN MEMBELI KOMPUTER RIBA  A.K.A LAPTOP







       


        Ingin membeli laptop baru, tetapi korang keliru atau 'blur', tak tau laptop yang macam mana sesuai untuk korang. Hari ini dengan bajet dalam lingkungan RM 2000.00, terlalu banyak pilihan produk laptop yang mampu menjulingkan bijik mata korang hehehhe.Hari ini gua ingat nak kongsikan dengan korang beberapa tips sebelum membeli komputer. Diharapkan tips ni dapat menjadi garis panduan untuk korang sebelum melaburkan duit korang untuk mende alah ni, agar pelaburan korang tidak menjadi satu pembaziran okey. Di sini ingin gua jelaskan sejelas-jelasnya, sebelum korang membeli laptop...emmm korang mestilah klasifikasikan korang berada dalam kelompok pengguna yang macam mana. Lebih mudah untuk korang faham, korang mesti pastikan objektif penggunaan  utama laptop yang korang nak beli tu, atau kategori penggunaan laptop yang korang inginkan. Umumnya kategori ni terbahagi kepada 3, iaitu laptop untuk kegunaan hiburan umum, perniagaan dan permainan.

       Hiburan Umum

       Kalau korang mahukan sebuah laptop yang hanya digunakan sekadar untuk tujuan hiburan asas seperti, menonton filem dan mendengar lagu....laptop yang mempunyai spesifikasi asas yang biasanya boleh diperolehi dengan harga serendah RM 1150.00 hingga RM 1300.00 adalah sudah memadai. Biasa jugak terjadi, di mana ada orang sanggup menghabiskan duit sehingga RM 2500.00 untuk sebuah  laptop, tapi malangnya laptop tu sekadar digunakan untuk menonton filem dan mendengar lagu, paling 'advance' pun setakat bermain 'facebook'....apalah tu. Bukan aku jeles ngan pembaziran wang korang tu, cuma sayang la kalau keupayaan maksima laptop tu tak dimanfaatkan, dan jelas korang dah bazirkan duit korang tu...betul tak. Laptop lengkap ngan 'graphic card' yang power, processor bukan main laju, RAM sampai 4 GB....tapi cuma untuk main facebook aje heheheee..sayang...sayang. 

       Sekarang ni jenama-jenama popular seperti ACER, ASUS dan LENOVO, semua brand yang aku sebutkan tadi ada menawarkan laptop yang memadai untuk tujuan hiburan asas dengan harga yang rendah, iaitu sekitar RM 1150.00 HINGGA RM 1300.00 (macam yang aku jelaskan tadi la.). Baru-baru ni gua ada belikan sebuah laptop untuk kawan gua, LENOVO 14 inci, ngan harga RM 1190.00...lengkap ngan kad grafik lagi (maknanya bole main 'game' yang memerlukan keupayaan grafik la ni). Pas pas tu gua installkan 'game' Devil May Cry 4....hasilnya, walllaa superb beb...memuaskan. Ini bermakna laptop dengan harga serendah tu.....bukan sahaja untuk hiburan asas, sebagai bonus boleh gak digunapakai untuk main game yang masyuk bai.

      Walaubagaimanapun kalau korang mahukan sebuah laptop yang mempunyai paparan HD (High Definition) atapun paparan kualiti tinggi, tak salah korang 'up' kan sikit bajet korang tu. Sama gak kalau korang maukan sebuah laptop yang ada 'spec' BueRay...kene la labur tinggi sikit kan.


       Perniagaan

       Untuk kegunaan urusan perniagaan (termasuklah pejabat dan pendidikan) laptop yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti yang telah aku jelaskan di atas, adalah sudah memadai. Setakat mau runnning Micrrosoft Office kat OS windows 7 korang tu, tak perlukan laptop yang power sangat. Memadailah dengan kelajuan processor sekitar 1.6 ghz, RAM 1 GB pun dah okey...kalau 2 GB lagi bagus, RAM ni pun korang boleh   'upgrade' (sekitar RM 80.00) kemudian. Lagipun bagi korang yang bergelar 'student', setakat nak buat assigment dan sesekali ber'facebook', laptop dengan spesifikasi asas pun dah memadai. Korang kan student bukan banyak duit pun hehehhee.

        Berlainan dengan mereka yang ingin menggunakan 'software' yang berasaskan grafik yang 'advance', seperti AutoCad (biasanya arkitek ngan jurutera aje yang guna ni), tentunya laptop yang memiliki 'graphic card' dan Processor berkelajuan tinggi, sebaik- baiknya 2.0 GHZ ke atas, dengan RAM sekurang-kurangnya 2 GB.


       Permainan

       dell-alienware-gaming

       Kat atas ni gambar laptop Alienware M 17X dari Dell, soesifikasi memang tahap super saiya...tapi harga juling mata mau beli...tak silap aku sekitar RM 4500.00. (bagus simpan duit untuk kahwin). Apa-apapun kalau memang mampu dan berbaloi untuk kepuasan korang apa salahnya kan...alah membeli menang memakai hehehe. Adalah tidak masuk akal kalau laptop di atas hanya digunakan untuk bermain 'game' solitaire atau sekadar untuk ber'facebook'

       Untuk kegunaan permainan komputer yang hari ini rata-rata berkehendakkan keupayaan grafik yang tinggi, kad grafik atau 'graphic card' adalah satu kemestian, processor pun kene laju..ini termasuklah RAM, mesti tinggi.



       asus-gaming-laptop

       Yang kat atas ni plak Asus G51JX, boleh tahan gak dia punyer 'spec'...harga pun pun juling bijik mata mau beli nih.....RM 3900.00 (bagus aku beli laptop Apple). Namun seperti yang aku katakan tadi, kalau mampu dan berbaloi untuk dimiliki.....why not?

       Secara umumnya spesifikasi sebuah laptop yang bagus untuk permainan ialah seperti berikut :
  • Intel Core i7 2860QM @2.5GHz
  • 8 GB DDR3
  • 500 Gb HDD
  • 2GB GDDR5 nVidia GeForce GTX 580M,
  • 17.3-inch Wide Full HD WLED display
  • 1920×1080 resolution @120Hz
  • 8 cell battery
  • USB 3.0, 2Mpx WEB Cam, Card Reader, DVD-RW, Blu-Ray Drive

      Sebuah laptop yang memiliki 'spec' seperti di atas memang melibatkan harga yang agak tinggi, rata-rata mencecah RM 2800 ke atas....namun Laptop dengan pr0cessor Intel Core i3, pun sudah memadai untuk bermain 'games', asalkan lengkap ngan kad grafik dan RAM yang mencukupi. Harga pun korang boleh dapat sekitar RM 1800.00.

      Okeylah ....dari tadi aku banyak menyentuh tentang Processor, RAM dan Graphic Card....tapi apa sebenarnya mende nih semua.....bagi yang dah tau bagus la, bagi yang takde klu langsung, jangan bimbang...untuk post yang seterusnya aku akan jelaskan ngan korang secara terperinci..Insya Allah. Apa-apa pun ingat, jadilah pembeli dan pengguna yang bijak...sebelum korang membeli laptop idaman korang tu. Semoga artikel ni dapat memberi gambaran yang jelas kepada korang, 'anyway' sebarang kesilapan aku mohon maaf...dan jumpa lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus!!maklumat yg berguna utk pengguna yg nak membeli so xde la tertipu...

wancha berkata...

Penjual ni biasanya fikir yang diorang lebih tau dari kita sebagai pengguna.....make it worste when they thougt kita ni tak tau apa2, bahaya tuh.