SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Khamis, 19 Januari 2012




                     MENYAMBUNG LAPTOP KE  'AC POWER' MEROSAKKAN BATERI ?.....




laptop battery life


         Menggunakan laptop yang  disambungkan ke soket elektrik tanpa menanggalkan bateri(AC Power), boleh merosakkan bateri?  Mestikah bateri tersebut ditanggalkan, kalau nak sambungkan laptop 'direct' ke soket elektrik? emm inilah soalan yang acapkali diajukan kepada aku.....hmmm soalan ini agak 'catchy' dan kompleks. Pakar-pakar komputer mempunyai pelbagai pandangan terhadap situasi ini, ada yang berpendapat...apabila kita mahu menyambungkan sumber elektrik secara langsung ke laptop, bagi tujuan menggunakan laptop tu...kita mestilah menanggalkan bateri laptop tersebut. Ini bermakna kalau untuk tujuan 'charging' takde masalah, tapi kalau korang nak buat kerja atau 'running' laptop tu, bateri mesti ditanggalkan. Namun ada juga yang berpendapat laptop masa kini boleh diguna pakai, dan dalam masa yang sama disambungkan ke soket elektrik (tanpa menanggalkan bateri). Mengelirukan bukan..tak tau mana satu kita nak ikut.


            Setelah aku membuat beberapa penyelidikan dan melalui pengalaman aku sendiri jugak.....jawapan bagi kedua-dua soalan tersebuta ialah 'ya', bateri mesti ditanggalkan atau dibuka. Mengapa aku kata ya....korang baca la terus hehehee. Untuk memberi kefahaman yang mudah kepada korang, aku fikir adalah lebih baik kita mengenali akan sifat bateri laptop itu sendir. Tak kenal maka tak cinta ye tak?



           BAGAIMANA BATERI LAPTOP BEKERJA

           Jenis bateri laptop yang digunakan di pasaran hari ini adalah dari jenis Lithium-Ion (Li-Ion). Secara ringkas (pasal ni bukan sains komputer ok), apabila laptop bekerja, ion di dalam bateri akan mengalir dari anod ke katod ( korang penah belajar kat sekolah pasal dua mende nih )....proses ini menghasilkan tenaga dan menyahcaskan bateri tersebut. Dalam bahasa mudahnya tenaga bateri tu akan berkurangan seiring dengan penggunaan laptop tersebut. Alah ini budak darjah 1 pun tau ni.


laptop battery life


           BAGAIMANA KETAHANAN BATERI BOLEH MEROSOT ?

             Secara teorinya, proses pengecasan dan nyahcas bateri aka berlaku berulang-ulang, selagi laptop tersebut digunakan. Walaubagaimanapun, korang kena faham betapa setiap benda, termasuklah bateri..mempunyai jangka hayat. Kemerosotan ketahanan bateri laptop berlaku apabila ion terperangkap dan tidak dapat mengalir dari anod ke katod. Dalam erti kata lain, kapasiti bateri akan merosot setiap kali penggunaan, namun dalam jangka masa yang perlahan. Untuk pengetahuan korang biarpun bateri tu disimpan aje, tak digunakan....kapasitinya tetap akan merosot. Keadaan ini adalah normal....kerana kapasiti bateri  jenis ini akan mula merosot setelah ia dihasilkan di kilang.


               Namun kita boleh memanjangkan jangka hayat bateri ni, dengan beberapa teknik penggunaan yang betul. Mahal woo harga sebijik bateri ni......sekitar RM 190 jugak tu, jadi kenalah jaga betul-betul. Okey aku terangkan secara terperinci, sebab-sebab mengapa kualiti bateri Lithium-ion boleh merosot.


1. Voltan tinggi dan terlebih cas

Ni la yang korang mesti jaga....terlebih cas atau elektrik yang terlalu tinggi voltannya, akan memudaratkan bateri laptop korang. Kekerapan mengecas bateri laptop secara berlebihan (overcharge), akan memudaratkan bateri tersebut.

2. Suhu tinggi

Suhu bilik yang terlalu tinggi akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia pada bateri, dan seterusnya mengakibatkan bateri ion kehilangan kapasitinya. Ingat mesti pakai kipas kat bawah laptop tu.

3. Suhu rendah

Suhu persekitaran yang terlalu rendah ( sejuk sangat la tu ) mampu merosakkan material di dalam bateri laptop korang. Tapi korang bukan tinggal kat Alaska kan..jadi tak perlu bimbang la kan. Aku tak fikir yang korang akan membuat perkara aneh seperti menyimpan laptop di dalam peti sejuk.

4. Nyahcas secara sendiri

Walaupun tidak digunakan, kapasiti bateri Lithium-Ion akan ternyahcas secara sendiri sebanyak 8% sebulan. Ini pada suhu 21 darjah celcius. Dan nilai pengurangan adalah semakin tinggi apabila suhu semakin panas. Biasanya setelah tidak digunakan dalam masa yang sangat lama, kaoasiti bateri hanya akan tinggal di bawah paras 20%.

5. Kejutan fizikal

Kejutan fizikal seperti terhempas atau terhentak, mampu merosakkan bateri. Korang pun kalau terhempas dari katil.....bole ilang ingatan jugak tu hehhehe.



                        JADI MESTI TANGGAL ATAU TAK ? 


            Kesimpulannya.....ya, korang mesti tanggalkan bateri, kalau korang mau guna laptop sambil 'plug in' kat soket elektrik ( AC Power). Ini akan mengelakkan bateri korang terdedah dengan suhu yang terlalu panas, serta korang tak perlu risau terlebih cas bateri korang tu. Bila aku kata buka bateri, tak bermaksud korang buka begitu aje....laptop korang mesti di'off''kan dulu paham. Ini untuk tujuan keselamatan korang la,takut nanti terkena kejutan elektrik...sapa yang susah, bukan aku hehehehe.





          BAGAIMANA MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI


1. Elakkan guna bateri sampai kurang daripada 20%, kalau dah dekat 20% cas la balik

2. Adalah lebih baik, apabila kapasiti bateri tinggal separuh ( 50 %)...korang terus cas balik

3. Jangan  biarkan bateri masih melekat kat laptop, apabila korang 'running' ngan AC power.



Okeyla semoga korang beroleh manfaat daripada artikel yang serba ringkas ni...next time aku akan terangkan, macam mana plak kalau nak 'running' laptop berteraskan bateri......wassalam.

Rabu, 18 Januari 2012


         

          ORBIT DOWNLOADER....MACAM MANA GUNA?


        
        Assalamualaikum, salam satu Malaysia.....ari ni aku nak jelaskan secara ringkas dan padat..macam mana nak guna ORBIT ni, untuk muat turun video di Youtube. Ini sebagai jawapan kepada persoalan seorang rakan yang berkunjung di Blog baru-baru ni....juga sambungan dari artikel yang lepas, tentang program untuk muat turun video di Internet. Satu lagi  jangan plak korang lupa, program ni boleh gak muat turun fail teks okey. Okey la..jangan berlambat lagi, bacalah dengan nama tuhanmu.






      Apabila korang surf ke laman Youtube.....korang akan nampak paparan seperti di atas kan? Cuba korang halakan anak panah tetikus korang ke dalam skrin video tu......Secara automatik terpapar kotak dialog bertulis 'GetIt' macam kat bawah ni, betul tak. Tapi jangan korang try kat sini plak..memang lain jadinya.

Using YouTube downloader step 1

Lepas korang klik kotak dialog tu ( GetIt), akan terpapar satu lagi kotak dailog seperti di bawah...tunggu la kejap...ORBIT tengan 'fetch'kan alamat atau URL video yang korang mau tu.

Using YouTube downloader step 2



Using YouTube downloader step 3

"Create new download" dialog akan terpapar. Klik  "OK", dan video anda akan dimuat turun. Sebagai contoh, tengok gambar kat atas.


Using YouTube downloader


Nah..! video anda sedang dimuat turun..tunggu aje la, sambil picit jerawat korang tu hehehee.


                           PENGENALAN KEPADA PHOTOSHOP









       Assalamualaikum, salam satu Malaysia.....okey artikel kali ni aku tulis sikit aje, sebagai 'introduction'. Anyway apa maksud gambar di atas. Aku bukan nak tonjolkan ke'macho'an aku, mahupun keanggunan chikaro kat sebelah tu. Akan tetapi untuk pengetahuan korang 'pic' tu adalah hasil kerja Super Impose menggunakan Adobe Photoshop. Awek tu bukan pernah ada pun kat sebelah aku, sebenarnya kat sebelah tu ada gambar kawan aku tengah menaip....tup tup aku buang dia lalu digantikan ngan gambar awek nih hehehhee( pasal pompuan yang baru kenal 3 hari, kawan yang di kenal 3 tahun dibuang bha hahaha). Untuk Artikel akan datang Insya Allah aku akan terangkan kepada korang, tentang bagaimana nak mengaplikasikan program Photoshop ni, itupun kalau ada sambutan la kan.


       Photoshop ni memang banyak kegunaannya, kalau korang tahu menggunakannya. Gambar korang yang nampak tua, bole jadi muda....muka yang berjerawat boleh jadi licin....selicin sutera hehhehe. Banyak lagi mende pelik yang korang boleh 'produce'kan melaui software ni. Pendek kata, 'superb' la......yang paling penting memang asyik dong.

     
      Wokey la.....Insya Allah, kita sambung pada artikel yang akan datang yek. Sebelum tu kat bawah ni ada beberapa hasil kerja aku, menggunakan software ni.....semoga mampu menaikkan keinginan korang untuk 'study' subjek ni...tak berapa 'detailed' cuma untuk basic 'information' aje.




Ini gambar kawan aku...Erwin di'combine' ngan Iron Man hehehee. Cuba korang tengok kulit wajahnya...aku kasi serasi ngan kulit badan pelakon asal. Ini la kelebihan photoshop.




Kat atas ni plak aku (berdiri kat 'lighter') ngan brader Wahab di planet gergasi hehehe.



Yang ini member aku Roslan....bergambar ngan Big Foot..heheeh. Sengaja aku tak kasi 'detail'.



     Ini plak masa aku berlakon jadi Spider Man  Melayu Terakhir ..hehehhee.


 

Gambar ini menunjukkan yang aku tak sedar, Iron Man cuba memberi kejutan kepada aku..alamak!!!




Ha..kalau korang perasan, gambar kat atas sekali tu...chikaronya sama kan ngan kat bawah ni. Inilah kehebatan Photoshop....tapi 'skill' pengguna paling penting woo.



Apa-apa pun yang penting sekali jangan sesekali menyalahgunakan 'software' ni....memang bahaya woo. Gunakanlah untuk kebaikan bersama yek....bole buat duit nih kalau korang serius.....Wassalam.

                                                
                                KEYBOARD  SHORTCUTS  











Assalamualaikum salam satu Malaysia……..korang apa khabar? Kalau korang tengah baca artikel ni aku rasa korang sihat la ni..Insya Allah. Aku pun, kalau aku demam…takkan aku mampu taip artikel ni ka. Syukur Alhamdulillah, aku sihat dan dikurniakan dengan banyak ilham buat masa ni. Pasal banyak ilham ni la, sampai terhasilnya lukisan kat atas ni..emm dah lama aku tak melukis, masih ada lagi sentuhan aku ni rupanya ( syok sendiri hehehe ). Anyway lukisan tu takde kaitan ngan artikel kali ni….saja nak kasi ‘colourful’ sikit ‘space’ yang ade.


Baiklah kali ni aku nak kongsikan dengan korang satu lagi informasi yang aku rasa sangat bermanfaat. Ilmu yang aku nak turunkan ni berkaitan ‘keyboard shortcuts’….dalam erti kata lain memanipulasi ‘keyboard’ untuk penggunaan komputer yang lebih efisyen (kira jalan pintas la ni). Okey takyah lengahkan masa lagi kalau korang nak jadi 'keyboard cowboy' ayuh kita gerak :



Sebelum bermula ingat, setiap butang tu tak perlu ditekan serentak, korang Cuma perlu tekan butang pertama dahulu baru diikuti butang seterusnya. Tapi pastikan butang  yg korang tekan tu tak dilepaskan okey.


1.     ALT   +   TAB                           =   TUKAR PAPARAN ANTARAMUKA WINDOWS x                           


2.     ALT   +   SPACE   +  X            =   BESARKAN PAPARAN WINDOWS      


3.    CTRL  +  SHIFT  +  ESC         =   TASK MANAGER 


4.      WINDOWS KEY   +   D          =   SEMBUNYI / PAPARKAN SEMUA WINDOWS


5.      CTRL   +   C                             =   COPY / SALIN


6.      CTRL   +   X                              =   CUT / POTONG


7.       CTRL   +   V                             =   PASTE / TEMPEL


8.       WINDOWS  +  M                     =   KECILKAN PAPARAN SEMUA TETINGKAP


9.      CTRL   +   LEFT ARROW       =   UNDUR CURSOR  1  PERKATAAN


10.   CTRL   +  UP ARROW             =  UNDUR CURSOR SATU PERENGGAN


11.   CTRL   +   DOWN ARROW    =  MAJU CURSOR SATU PERENGGAN


12.   WINDOWS KEY   +  BREAK  =  SYSTEM PROPERTIES


13.  WINDOWS KEY   +   F             SEARCH / CARIAN


14.   CTRL   +   ESC                          =  BUKA MENU PROGRAM


15.   ALT   +   F4                                =  TUTUP PROGRAM SEMASA


Banyak faedahnya kalau korang kuasai ‘keyboard shortcuts’, andai kata ‘mouse’ korang rosak, dan korang kene buat assignment ( bagi student la )……teknik ini akan banyak membantu korang di kala ‘emergency’. Wokey…..ini aje la buat masa ni, kalau banyak sangat nanti pening plak kepala korang. Satu lagi jangan lupa, beri la sebarang  komen pasal pengisian Blog aku ni…kalau ada soalan ajukan je, Insya Allah aku akan jawab k. Jawapan bagi soalan korang tu aku akan ‘share’kan ngan korang semua di Blog ni nanti okey….Wassalam.





Windows Keyboard


Selasa, 17 Januari 2012


                     
                                 MUAT TURUN FAIL VIDEO DARI YOUTUBE


    
     Assalamualaikum salam satu Malaysia...semoga topik-topik yang aku sentuh sebelum ni bermanfaat untuk korang. Okey ari ni aku nak share ngan korang tentang macam mana nak download video dari Youtube. Aku percaya ramai yang dah tau tekniknya....cuma kita perlu ingat masih ada kawan kita kat luar tu masih lagi terkial-kial untuk mendownload video kegemaran mereka, Jadi apa salahnya kita bantu mereka. Alright.....untuk tidak melengahkan masa....ayuh kita melangkah.

       Ada beberapa teknik dan' tools' yang  korang boleh gunakan untuk tujuan muat turun video ni, tapi untuk artikel ni aku hanya menyentuh tentang 'tool's. 'Tools' atau 'software' untuk download video ni ada banyak....emm antaranya IDM, MOYEA DOWNLOADER dan ORBIT. Tapi aku hanya ingin memperkenalkan kepada korang tentang ORBIT.....bukan sebab ia adalah yang terbaik, tetapi ia sudah memadai dan aku memang selesa ngan software ni. Untuk pengetahuan korang IDM adalah yang paling popular, tetapi terlalu banyak isu yang timbul di kalangan pengguna amatur. Jadi ORBIT adalah paling mudah dan tak banyak karenah (sebenarnya takde pun).



Orbit Rich Media Downloader: YouTube Downloader and more social video and music downloader



      Apa itu ORBIT...emm seperti yang telah aku jelaskan tadi ORBIT adalah sebuah program yang berfungsi untuk memuat turun fail video, muzik dan juga fail teks (termasuklah PDF), ini bermakna bukan setakat video kat Youtube tu aje korang boleh muat turun. Fail yang dimuat turun menggunakan ORBIT akan disimpan di dalam drive C, di bahagian  'download'. Dan yang paling best ianya 'free'.....betul aku tak tipu ni ( sebut aje 'free' besar mata korang hehehe). Untuk download software ni korang google aje.....taip nama ORBIT DOWNLOADER, pas tu korang mesti nampak banyak web yang menawarkan program ni untuk di'download'. Kat atas ni ada aku selitkan rupa logo ORBIT tu...korang download la yang sesuai ngan sistem operasi korang...ertinya, kalau korang pakai Windows 7, download la yang compitible ngan sistem korang tu. Kalau korang mau download program ni 'klik' aje kat 'link' ni, http://download.cnet.com/Orbit-Downloader/3000-2071_4-10600926.html.

       Dah abis download.....korang install la, ala senang aje....klik aje butang install tu. Apabila di'install' program ini akan diintegerasikan ke dalam web browser korang, misalnya Internet Explorer...semuanya secara automatik jangan bimbang .....tapi korang jangan la tak baca langsung apa yang tertera masa proses 'install' tu. Apabila program tu sudah diintegerasikan ke Web Browser korang....ini bermakna apabila korang masuk aje laman Youtube tu, korang dah boleh muat turun dah fail video tu, ngan cara menghalakan 'mouse button' korang tu ke dalam video tu. Cuba perhatikan, secara automatik terpapar  kotak kecil yang bertulis  'Get It'..kalau korang kling kotak tu, akan terpapar satu lagi box yang mintak korang 'confirm'kan samada mau dowload atau tak fail tersebut. Kalau korang klik 'download' maka proses muat turun akan bermula. Kat mana fail tu disimpan setelah selesai muat turun....kan aku dah jelaskan kat atas....bacalah.


        Kalau ada yang masih tak faham takpe nanti gua akan terangkan secara 'step-by-step' kepada korang. Gua akan 'share'kan sekali link untuk 'download' program ni. Sekarang gua dah tak tahan mengantuk la plak, gua kasi siap artikel ni pun pasal dah janji ngan sorang kawan. Okey la, Wassalam.

Ahad, 15 Januari 2012

       
                                           
                       KOMPONEN PENTING SEBUAH KOMPUTER



        Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku mau kongsikan informasi berkaitan komponen atau perkakasan asas yang penting di dalam sesebuah komputer. Sebelum aku pergi lebih jauh dan membingungkan otak korang, adalah lebih baik kalau korang lihat dulu senarai di bawah ni :

  • Intel Core i7 2860QM @2.5GHz
  • 8 GB DDR3
  • 500 Gb HDD
  • 2GB GDDR5 nVidia GeForce GTX 580M,
  • 17.3-inch Wide Full HD WLED display
  • 1920×1080 resolution @120Hz
  • 8 cell battery
  • USB 3.0, 2Mpx WEB Cam, Card Reader, DVD-RW, Blu-Ray Drive

      Okey mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud senarai di atas, apakah ia merupakan sebuah pantun dalam bahasa komputer. Semoga korang tidak beranggapan sedemikian rupa...kalau tak tahap pengetahuan korang memang di tahap kritikal hehheheh.Wokey...korang mungkin biasa nampak senarai seperi di atas tertera kat body komputer, terutamanya laptop la ( biasanya kat sudut bawah sebelah kanan). Sebenarnya ianya adalah spesifikasi yang menjelaskan kemampuan bagi komputer, atau bahasa mudahnya....keupayaan komputer atau laptop tu la. Berikut adalah penjelasan berkaitan spesifikasi di atas mengikut susunan :

       Central Processing Unit (Unit Pemproses Pusat)

       

       
       


       Komponen pertama dan terpenting dalam sesebuah komputer, CPU kekadang dikenali jugak ngan nama Processor. Komponen ini merupakan otak komputer...ada gak yang menganggap ia adalah jantung komputer. Bagi aku kedua-duanya relevan, otak pun iye.....jantung pun iye. Pengeluar Processor yang top buat masa ni adalah Intel dan AMD. Gambar kat atas tu adalah Processor keluaran Intel.....Intel Core i7. Kehebatan processor dinilai berdasarkan kelajuannya memproses data, sebagai contoh macam catitan spesifikasi kat atas,  Intel Core i7 2860QM @2.5GHz...menunjukkan processor adalah dari jenis Intel i7 berkelajuan 2.5GHZ ( pergh  power giller ni).

           Sehingga ke tarikh artikel ini diterbitkan......i3, i5 dan i7 adalah produk terkini daripada Intel. Setiap versi didatangkan dengan keupayaan yang berbeza. bagi korang yang suka melayari internet, menghabiskan masa berkualiti kat Facebook atau menonton filem jiwang....Intel i3 sudah memadai untuk anda. Bagi 'Hard- Core Gamers' ataupun kaki 'game', i7 adalah syurga dunia korang. i5 pulak cuba mengimbangi kemampuan kedua-dua processor iaitu i3 dan i7. Pendek kata sederhana la....hebat sikit dari i3....kureng sikit dari i7. Tapi macam yang penah aku warwarkan dalam artikel sebelum ni....i7 memang mahal wooo.


          Random Access Memory (Memori Capaian Rawak)



     
         Random Access Memory atau lebih dikenali sebagai RAM, ia merupakan memori sementara komputer. RAM ni melancarkan penghantaran input dari Hard Disk ke skrin komputer korang tu. Lebih besar RAM korang maka semakin lancar la 'output' dipaparkan kat skrin korang tu.Kira RAM ni macam orang tengah la.

                Dalam pasaran hari ni RAM terbahagi kepada dua kumpulan iaitu DDR2 dan DDR3. Aku rasa tak perlu diperjelaskan panjang kebar tentang perbezaan antara kedua-dua jenis RAM ni....pening kepala korang plak nanti. Yang penting untuk korang tau ialah...DDR3 tentunya lebih baik dari DDR3 dalam apa jua aspek.....faham kan. Berapa plak jumlah RAM yang sesuai untuk korang.....emmm ianya berbeza mengikut penggunaan. Klau korang mau guna komputer atau laptop hanya untuk kegunaan asas 2 hingga 3 GB sudah memadai. 3GB bagi DDR3 adalah bersamaan dengan 4GB bagi DDR2. Melainkan korang menggunakan software atau aplikasi yang memerlukan sumber yang besar, maka korang perlukan RAM yang besar, contohnya main 'games' yang power la. Korang boleh upgrade RAM korang asalkan korang ada bajet.


          Hard Drive a.k.a Hard Disk


      


       Beralih kepada komponen seterusnya, iaitu Hard Drive (HDD) atau korang mungkin lebih mengenalinya dengan nama Hard Disk. Kalau korang masih ingat lagi perihal RAM, yang aku jelaskan awal tadi...Hard Drive ni ialah memori jangka panjang (RAM - memori capaian rawak dan bersifat sementara). Sistem operasi, fail, gambar, muzik dalam komputer korang tu sebenarnya tersimpan kat Hard Drive ni la. Hard Drive ni biasanya terbahagi kepada dua pecahan atau Partition, iaitu Drive C dan D. Tentu korang perasan kan. Oleh sebab ianya menyimpan banyak benda, so tentunya ia bersifat atau bersaiz besar.

     Bercakap tentang saiz Hard Drive ni plak, saiz yang biasa terdapat di pasaran ialah 250 GB, 320 GB, 500 GB, 750 GB  hinggalah 1000 GB (1 TerraByte). Hari ini kalau korang beli komputer atau laptop, saiz Hard Drive standard biasanya 320 GB. Lagipun kalau masih tak cukup korang boleh guna perkhidmatan Cloud untuk menyimpan data-data korang yang kononnya banyak  tu.....entah apa la yang banyak sangat tu. Cloud ni kira macam ruang penyimpana maya la..di mana data korang  disimpan di alam cyber la. Tapi aku akan jelaskan kepada korang tentang Cloud di dalam artikel yang akan datang la.

      Hari ini muncul satu lagi versi baru Hard Drive, iaitu SSD (Solid State Drive). Kelebihan SSD berbanding HDD ialah, saiz fizikalnya lebih tipis dan mampu bekerja dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun korang paham-paham la, harganya pun boleh tahan. Klau korang ada bajet takde salahnya korang try SSD, tapi HDD masih lagi relevan...so jadilah pengguna bijak hehehhe, jangan membazir.


          Graphics Card






          


          Graphics Card ( GPU- Graphical Processing Unit ) juga dikenali sebagai Video Card, juga tak kurang penting fungsinya. Graphic Card menjamin kualiti paparan video atau grafik yang lebih baik. Bagi penggila 'games', Graphics Card merupakan prasyarat utama. Kebanyakkan laptop hari ini mengintegerasikan Video Card ke dalam Motherboard, misalnya Intel dengan siri GMA sementara AMD dengan siri HD.

          kalau korang bukan kaki 'games' tetapi menggunakan software grafik seperti AutoCad, Graphic Card adalah banyak membantu. nVidia adalah salah satu jenama kad grafik yang sangat popular ketika ini. Apa yang penting korang kene ingat, kalau korang cuma menggunakan komputer untuk menaip assigment dan ber'Facebook'.....takde grafik kad pun takpe.


          RESOLUSI DAN DIMENSI SKRIN


          
           

          Resolusi dan dimensi skrin merupakan satu lagi aspek penting bagi sesebuah komputer. Dimensi merujuk kepada keluasan saiz paparan skrin komputer tu la. Jadi bergantung kepada keinginan korang la...korang mau skrin sebesar mana. Saiz dimensi yang biasa terdapat di pasaran ialah, 15.4", 15.6", 17.3" dan 19".

            Paparan ni plak terbahagi kepada beberapa jenis lagi iaitu LCD, LED,OLED DAN WLED. Untuk artikel ni aku takkan sentuh secara mendalam tentang keempat-empat jenis paparan ni, cukup la untuk korang tau wujud beberapa pilihan berkenaan resolusi dan dimensi komputer ni. Ada lagi yang terbaru, Glasses-Free 3d....ini yang latest punyer...tapi aku ingatkan korang, harganya memang mahal. Klau mampu memilikinya korang memang bertuah...pasal ni kira state-of-the-art punye teknologi.

          Resolusi plak merujuk kepada amaun piksel per inci, resolusi yang paling popular ialah 1920 x 1080....kurang dari amaun ni, aku tak syorkan sama korang. Resolusi yang aku cadangkan ni memang dah superb untuk paparan yang sempurna panjang dan lebarnya.


     p/s: Okeyla nanti sambung lagi yek ngantuk la my frenz....Wassalam.