SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Sabtu, 4 Februari 2012




               
                   MICROSOFT  +  NOKIA  =  BELACAN ??

                            Image Detail
 


       Assalamualaikum...salam satu Malaysia. Emmm okey today i'm going to tell you all tentang satu lagi gajet baru bagi tahun 2012, it's a smart phones called Nokia WP7.5 Lumia . Semenjak kemunculan iPhone 4S ngan iOS'nya serta demam Android yang melanda dunia teknologi, era Nokia dianggap seolah-olah telah tamat. Tetapi Nokia ni kan kira 'legend' dalam dunia telefon mudah alih ni...ingat senang ke nak tumpaskan Nokia. CEO Nokia Stephen Elop yang juga pernah berkhidmat di Microsoft, telah mengumumkan kebangkitan semula Nokia pada 11 Febuari 2011, melaui gabungan bersama Microsoft. Can you imagine, apabila kedua-dua gergasi ni bergabung ? emmm mesti gempak kan. Member aku Farhan tak puas hati dengan ulasan aku ni, coz he said Blackberry is the best. actually aku sedar, yang dia ni one of the  Blackberry diehard fan (peminat susah mati Blackberry la konon). But.... hey wake up bro, Blackberry is going down. Dan aku nyanyikan lagu 'London Bridge Is Falling Down' (cuma perkataan London Bridge tu aku gantikan ngan Blackberry), so korang boleh bayangkan macam mana bunyinya kan? and of course korang bole imagine betapa berkerutnya muka Farhan , tapi apakan daya dia takde blog macam aku ( sorry bro), even if he does have a blog, it still a fact, that Blackberry tengah jatuh sekarang ni. So how can he deny betul tak ?

        Penggabungan ini bermakna sitem operasi telefon pintar Nokia sebelum ini iaitu Symbian dan MeeGo akan digantikan dengan Sistem Operasi Microsoft Windows. Nokia amat yakin Microsoft's Windows Phone 7 akan dapat manyaingi Google's Android dan Apple's iOS. Pelancaran Telefon Widows pertamanya, WP7.5 Lumia 710 dan 800 pada Oktober 2011 talah mengubah persepsi ramai pengguna telefon pintar. Di konvensyen CES 2012 Nokia memperkenalkan pula WP7.5 Lumia 900, telefon pintar Nokia yang memanipulasikan teknologi 4G LTE. Reka bentuknya still same seperti versi sebelumnya WP7.5 Lumia 710 dan 800, cuma skrinnya lebih besar dan tentunya fungsi yang lebih baik. Lumia 900 juga mengadaptasikan sistem operasi Windows 7.5 Manggo, dengan ini Nokia telah menunjukkan betapa seriusnya mereka ingin bersaing dengan jenama-jenam besar seperti iPhone 4s dan Galaxy S2 (Samsung). Nokia Lumia ni memang cantik dia punyer reka bentuk.

       
       The coolest thing about this gadjeti ialah paparan penggunanya, memang 'special'. Sebelum kita pergi lebih jauh better korang baca dulu spesifikasi model ni (WP7.5 Lumia 900) :


Nokia Lumia 900

Nokia Lumia 900 Specifications


General
StatusComing soon
Announced January 2012
Network (2G) GSM 900 / GSM 1800 / GSM 1900 / GSM 850
Network (3G) HSDPA 850 / HSDPA 2100 / HSDPA 900
Form factor Block
Antenna type Internal
Size
Weight 160.0 g (with battery)
Dimensions 127.8 x 68.5 x 11.5 mm
Display
Type Graphical
Coloured Yes, AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size 4.30 inch
Resolution 480 x 800 pixels
- LTE 700 / 1700 / 2100
- Corning Gorilla Glass
- Nokia ClearBlack display
- Accelerometer, gyro, proximity, compass
Memory
Shared memory 16 GB
- 512 MB RAM
- 1.4 GHz Qualcomm APQ8055 Snapdragon CPU
- Adreno 205 GPU
Ringtones
Polyphonic ringtones Yes
Ringtone profiles Yes
- MP3, WAV ringtones
Networking
GPRS Yes, Class 33
EDGE Yes, Class 33
WLAN Yes, Wi-Fi 802.11 b/g/n
USB Yes, microUSB v2.0, HS
Bluetooth Yes, 2.1 with A2DP, EDR
WAP Yes
Browser Yes, HTML5, Adobe Flash
Email client Yes
- Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
- HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps, LTE, Cat3, 50/25 Mbps (DL/UL)
- Push Email, IM
- GPS with A-GPS support
Features
Vibration Yes
SMS Send / Receive
MMS Send / Receive
Camera Builtin, 8 MP, 3264×2448 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, dual-LED flash,geo-tagging, video stabilization, video recording (720p@30fps),secaondary 1-megapixel camera
Java Yes, MIDP 2.1
Games Yes, (changeable)
Clock Yes
Alarm Yes
Calculator Yes
Calendar Yes
To-do list Yes
Voice dialing Yes
Handsfree Yes
Headset jack Yes
FM Radio Yes
- MicroSIM card support only
- SNS integration
- Active noise cancellation with dedicated mic
- MP3/WAV/eAAC+/WMA player
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- Document viewer/editor
- Video/photo editor
Standard Battery
Type Li-Ion
Amperage 1830 mAh
Standby time GSM: 300h
Talk time GSM: 7h

Pemproses (Processor) dan penyimpanan (Storage)

       Nokia Lumia 900 memiliki CPU tunggal dan dikuasakan oleh Processor 1.4GHz Qualcomm APQ8055 Snapdragon, beserta GPU Adreno 250 (ni untuk grafik). RAM telefon ni plak ialah setinggi 512 MB dan memri dalaman sebesar 16 GB. Malangnya model ni takde slot untuk memori tambahan ( Micro SD cards). Tetapi aku nak ingatkan kat sini, iPHone 4s pulak dikuasakan oleh cip A5 berkelajuan 1GHz dual core ARM Cortex CPU, ini bermakna iPhone 4S adalah lebih laju dari Nokia Lumia 900 ni. Walaubagaimanapun model ni masih lagi boleh dianggap 'power' okey...believe me.
       

.Nokia Lumia 900

Sistem Operasi

Nokia Lumia 900 menggunakan sistem operasi Microsoft yang terbaru iaitu Manggo (Windows Phone 7.5).

Paparan dan saiz

      Skrin Lumia 900 adalah agak besar iaitu 4.3 inci dengan resolusi 800 x 480 piksel. Material skrin plak ialah AMOLED ClearBlack Corning Gorilla Glass ( cantik dan kalis calar). Skrin Lumia ni lebih besar dari iPhone 4S. For me la kan the display is quite good la, plus the screen is scratchless....so there is no worried if you want to put this phone in your pocket (tadak calar maa dia punya skrin). But dont even try to put it, in your hot microwave...coz ia bukan kalis api ok.

Kamera

       Hmm it does have front and rear camera. Kamera belakang dia punya 'spec' ialah 8 megapiksel dengan 3264 x 2448 piksel ( 3x digital zoom). Jangan lupa plak...Carl Zeiss memperkuatkan lagi lensa optik Lumia ni. Carl Zeiss memang otai kalau bab-bab lensa optik ni, dan memang ngam ngan Nokia lama dah. Kamera belakang ni jugak autofocus, dual-LED flash (terang nih), serta rakaman video 720p. Kamera depan plak, 1 megapiksel dengan lensa  f2.4, untuk kemudahan korang buat sidang video menggunakan perisian dalamannya iaitu Tango. Kualiti memang masyuk bai....puas hati dia punyer kualiti. 


Bateri 

       Bercakap tentang ketahanan bateri, Nokia mengalahkan kesemua saingannya. Baterinya amat hebat, tempoh sedia sehingga 300 jam. Ia menggunakan bateri mAH 1830 dengan keupayaan 7 jam untuk panggilan 3G, 60 jam untuk memainkan muzik serta 6.5 jam untuk memainkan fail video.....tahan kan. Kalau korang ni jenis yang takleh simpan lama telefon dalam poket, Nokia Lumia ni memang sesuai ngan korang.

Penyambungan (Connection )

       Model ni ada kemampuan bluetooth v2.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n dan Micro USB 2.0. lUMIA 900 juga bole ' alat Wi-Fi Hot Spot untuk 'devices' Wi-Fi yang lain, maksudnya Lumia ni boleh jadi 'Wireless router' untuk 5 telefon lain untuk fungsi Wi-Fi. Telefon ni jugak ada EDR DENGAN KELAJUAN hsdpa, 21 Mbps;HSUPA, 5.76 mBPS, LTE,Cat3,50 Mbps data DL. Untuk tidak memeningkan korang, senang citer la......memang laju sambunagn internetnya.


Nokia Lumia 900
Nokia Lumia 900
Nokia Lumia 900
Nokia Lumia 900


Harga Nokia Lumia 900

       Nokia memperkenalkan model ini di konvensyen CES 2012 di Las Vegas. Model ini dikhabarkan akan dipasarkan pada bulan March 2012. Model ini boleh diperolehi dalam dua warna iaitu hitam dan cyan. Harga plak aku percaya, ianya akan dipasarkan dengan harga yang sangat berpatutan (tak mahal sangat la), ini adalah berikutan harga kebanyakan model telefon pintar kini meletakkan harga yang agak 'reasonable'. Bagi aku teknologi terbaru yang dibawa oleh Nokia dan Microsoft ni memang  'power' dan semestinya amat sesuai bagi mereka yang banyak bergantung ngan perisian Microsoft Office. Aplikasi yang disertakan bersama Nokia Lumia ni memang mesra Microsoft Office (maknanya korang boleh edit dokumen office korang kat mana-mana aje).

     Bagi mereka yang memang minat ngan hasil kerja Microsoft, aku percaya telefon ni patut jadi pilihan utama. Okeyla aku rasa 'info' kali ini dah cukup untuk panduan bagi korang yang ingin memiliki telefon pintar tahun ni.....please remember that skop penggunaan adalah sangat penting, dengan memahami skop penggunaan korang....korang akan tahu jenama mana yang sesuai ngan korang. Anyway jangan lupa jadilah pengguna yang bijak yek, sebab penjual ni diorang always think that, they know better than you.... lebih teruk lagi when they think that you know nothing about smart phone ( siap la korang)..Wassalam.

Jumaat, 3 Februari 2012


                          STRATEGI PEMBANGUNAN PERISIAN




                                                            



          Assalamualaikum...salam satu Malysia, hari aku nak citer sikit tentang  strategi di dalam pembangunan perisian  ( SOFTWARE DEVELOPTMENT STRATEGIES). Artikel ini adalah susulan daripada soalan salah seorang pengunjung Blog ni, iaitu saudari Zar Zariena. Mungkin artikel kali ini sesuai untuk mereka yang terlibat dalam bidang sains komputer atau seumpamanya. Namun tak salah kalau korang mau ambik tau jugak kan...it's good to know right.


         Perbezaan tahap produktiviti di kalangan pembangun perisian boleh membawa kepada perbezaan yang nyata dari segi keberhasilan sesuatu perisian. Produktiviti perlu diukur atau dinilai meliputi jangka hayat penuh perisian tersebut, ini termasuklah pelancaran atau penggunaan (deployment), latihan untuk pengguna (user training), pembaikan (maintenance), sokongan pengguna (user support) dan kos bagi penambahbaikan sistem selaras dengan perniagaan yang semakin berkembang.


         Terdapat beberapa pendekatan kepada pembangunan perisian, kira macam pandangan beberapa parti politik terhadap ideologi untuk memerintah sesebuah negara....berbeza-beza bukan ? Namun objektifnya sama iaitu berkempen agar mendapat sokongan pengundi, lalu membentuk kerajaan yang mampu memrintah. Okeylah cukup la ngan analogi politik tu, pasal ni bukan Blog politik tapi IT. Okey berbalik kepada topik, pendekatan atau strategi dalam pembangunan perisian ni biasanya berorientasikan perniagaan. Walaupun terdapat kepelbagaian dalam strategi pembangunan perisian ni, namun kebanyakkanya adalah sama dari segi metod kombinasi peringkat-peringkat pembangunan perisian seperti di bawah :


  • Market research (Mengkaji Pasaran )
  • Gathering requirements for the proposed business solution ( Mengenalpasti keperluan perniagaan)
  • Analyzing the problem (Mengenalpasti Masalah)
  • Devising a plan or design for the software-based solution ( Rangka pelan atau rekabentuk perisian)
  • Implementation (coding) of the software ( implimetasi atau kerja-kerja mengekod perisian)
  • Testing the software ( Uji perisian)
  • Deployment (Pelancaran )
  • Maintenance and bug fixing (Kerja pemulihan dan pembaikan pepijat )

  •            Okeylah saudari Zar Zariena, setakat ni aje info tentang startegi pembangunan perisian, kalau ada sebarang kemusykilan lagi sudi-sudi la ajukan lagi soalan tu yek. Insya Allah akan dijawab ngan segera....Wassalam.


    •                    HATI-HATI MENGGUNAKAN LAPTOP






              Assalamualaikum salam satu Malysia, hari ni aku hidangkan korang ngan satu artikel yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa rasmi kita. Untuk sama-sama kita fikirkan, jangan terlalu leka dalam melaukan sesuatu....takut akan padahnya, Okey bacalah artikel di bawah yek... Wassalam.


                Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.  Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja. 

             Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah. Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.


              Aku percaya ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. Maksudnya jangan la sampai korang tertidur, dan laptop tu masih terus 'on'...panas nanti sapa yang susah. 

      "Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang"

    Khamis, 2 Februari 2012


                                       PUTUS CINTA............. LELAKI VS WANITA









           Assalamualaikum salam satu Malysia semua.....hahhahha, itu la yang keluar dari mulut aku 'first time' aku tengok 'pic' di atas. Okey okey mungkin aku lari sikit dari tema Blog ni sikit. But I always believed, that we should laugh sometimes, ye tak? Untuk difikirkan oleh kita semua, mungkin inilah perbezaan antara lelaki dan wanita. Bukan untuk merendahkan martabat sesiapa.....mengikut pengalaman aku, fenomena di atas adalah benar. Tak tau la plak ngan korang macam mana...sila perhalusi okey. Emm jangan lupa plak kasi la sikit pandangan atau ulasan yek.....Wassalam.

    Selasa, 31 Januari 2012



                         ANTI VIRUS 'FREE' DENGAN CLAM WIN.

    clamwin antivirus

          Hari ni tutorial 'Entrepreneurs' abis awal sikit, 'so' bole la ambik masa kejap lepak-lepak sambil bukak Facebook. Tengah syok 'chatting' ngan 'member' FB...muncul la plak Hisyam (kawan sekampus tapi lain 'course'). "Wan ko tolong 'install'kan anti virus kat laptop ku ni. Dengan muka mengharap dia merayu, 'ish kacau daun betul la mamat sekor ni,' bisik hatiku yang memang kurang senang dengan kemunculannya yang sangat 'disturbing' ni. Aku ambik laptopnya, berfikir sejenak apakah anti-virus 'free' yang sesuai untuk mamat ni. Member aku ni kalau bole semua mende dia mau 'free'(lokek betul la), pas tu mesti yang berkualiti (teruk betul la mamat ni)....malang la sapa yang jadi aweknya ni hehehe. Fikir punyer fikir..ahha 'Clam Win', nama yang terlintas di kepala ku Jadi apakah mendenya Clam Win ni ?.

           Okey hari ni aku nak 'share'kan korang satu lagi artikel yang aku kira bermanfaat untuk kita semua. Yup!..memang bermanfaat, dan topiknya ialah berkaitan aplikasi anti-virus percuma yang bernama 'ClamWin',( macam memperkenalkan nama orang la plak). Korang mungkin tahu atau biasa ngan nama-nama besar dalam industri anti-virus ni, seperti Avira, AVG, Kaparseky dan lain-lain lagi. Walaupun kesemua jenama di atas turut menawarkan versi percuma, namun percayalah ada muslihat di sebaliknya, atau dalam bahasa perniagaan strategi la kan. Kalau korang pernah muat turun AVG versi percuma misalnya....korang bukan dapat 'full-protection', betul tak...kadang-kadang ada jugak yang 'download' versi 'trial' atau percubaan. Versi percubaan ni plak ada tempoh sah aktifnya la plak, biasanya 30 hari. Bagi yang mahir ngan teknik 'cracking' mungkin boleh dapat 'upgrade' pegi 'full-protection' kan. Namun bagaimana plak ngan nasib kebanyakkan pengguna yang mau menggunakan anti-virus 'free'(taknak keluar duit la tuh)dan dalam masa yang sama, mendapat perlindungan yang sebaik anti virus yang dibeli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, jeng...jeng...jeng, ClamWin la hehehee.

         Okeh dah dapat sikit gambaran, tapi apa sebenarnya ClamWin(nak kenal lebih dekat la ni kan). ClamWin asalnya adalah sejenis program anti-virus yang berteraskan 'open-source project' a.k.a sumber terbuka la(maknanya percuma). Sebenarnya ia adalah antara 'toolkit' yang direka khas untuk UNIX. Namun berdasarkan namanya aje korang boleh agak, ClamWin versi Windows juga wujud....dan boleh dimuat turun secara 'free'. Saiznya hampir 39.96MB dan korang boleh muat turun melalui 'link'  di bawah ni  http://www.clamwin.com/content/view/18/46/.( Klik aje kat link ni okey).

            Untuk pengetahuan korang, aku 'download' dan menggunakan versi 0.97.3, untuk 'review' ni pun aku fokuskan kepada 'version' yang aku guna. Apabila korang dah kilik kat 'link' tadi, sila beri perhatian kalau-kalau ada muncul tawaran untuk muat turun 'ASK TOOLBAR'. Kalau korang mau layan jugak 'pop-up' tu korang klik la(baik takyah, buang masa). Okey pendekkan cerita....lepas korang dah muat turun dan 'install' Clam Win, korang lancarkanlah aplikasi tu dan akan terpapar la situasi seperti di bawah :



          clamwin antivirus

    Korang klik aje 'YES' untuk muat turun pengkalan data definisi virus Clam Win.


      clamwin free antivirus

    Jangan lupa pastikan korang ada 'connection' ke Internet, kalau pakai Broadband kejap aje tu.


         clamwin free antivirus  
           
    Apabila Clam Win selesai 'update' pengkalan datanya, korang akan nampak tetingkap macam kat atas, di mana korang perlu klik kat 'preferences'. Lepas tu 'update' sekali lagi pengkalan data definisi virus ni dan scan program-program semasa dalam memori komputer korang. Korang boleh 'select' memori yang mana korang mau 'scan'.




    clamwin free antivirus

    Kecualilah kalau korang tengah 'running' aplikasi yang besar seperti Photoshop misalnya, kerja-kerja 'scanning' akan mengambil sedikit masa. Selesai 'scan' maka akan muncul la tetingkap laporan hasil 'scanning' tadi.(macam kat bawah).

    clamwin

    Kat bawah ni adalah paparan tingkap utama Clam Win selepas korang klik memori pilihan untuk di'scan'. Pecahan 'directory' akan dipaparkan. Korang boleh jugak 'scan' keseluruhan partition yang ada sekaligus.

    clamwin


    clamwin antivirus

    Kat atas ni adalah 'preferences' Clam Win, ini lah yang aku cerita tadi, ianya akan muncul selepas korang 'update' pengkalan data Clam Win ni. Kat sini macam-macam korang boleh tetapkan, misalnya jadual untuk 'automatic scan'.



          Wokey lah...sekian saja untuk artikel kali ini, semoga korang beroleh manfaat. Cubalah korang muat turun aplikasi percuma ni, memang best. Emm...kalau ada apa-apa kemusykilan tanya aje jangan segan-segan....emm senyum sampai ke telinga member aku sorang ni, tercapai sudah hasratnya. Macam biasa perkhidmatan aku pun 'free' jugak(memang takleh buat bisnes ngan dia ni). Baiklah aku mau chow dulu, balik rumah...fikir-fikir apa lagi bahan untuk Blog ni.....Wassalam.

    Isnin, 30 Januari 2012

         
                                 HARGA NOTEBOOK ASUS MURAH ..BETUL KE ?




         Assalamualaikum salam satu Malaysia....hey..hey...hey. Hari ni aku nak 'share' satu lagi info baru, kali ini tentang notebook beserta harga dan spesifikasinya sekali. Jenama notebook pilihan aku untuk artikel pada kali ini ialah ASUS. Aku rasa korang biasa dengar 'brand' ni.....agak baru jika dibandingkan jenama-jenama popular lain seperti ACER, COMPAQ dan lain-lain. 

          Okeyla, notebook ASUS yang aku mau perkenalkan ni adalah salah satu model ASUS yang aku kira amat memadai untuk dimiliki. Apabila aku bercakap tentang 'memadai', maksudnya notebook ni amat memadai dari segi harga dan prestasi. Model yang aku maksudkan ni ialah K43U-VX0540, untuk lebih jelas kat bawah aku sertakan rupa bentuk serta 'spec' model tersebut, korang tengok dan baca la.





    Specifications
    Specifications
    ModelK43U-VX0540
    ColorBlack Glossy
    Operating systemWindows 7 Starter
    Display14" HD Color Shine (LED
    ProcessorAMD Dual-Core E450 Mobile Processors
    -1.65GHz,18W
    ChipsetAMD A50M Chipset
    Wireless802.11b/g/N(ASUS)
    Memory2GB DDR3 RAM
    Hard Disk Drive500GB HDD
    GraphicsAMD Radeon HD 6310
    Optical Drives8 x Super Multi-Dual DVD-Rom
    AudioBuilt-in Speakers And Microphone
    SonicFocus
    Altec Lansing® Speakers
    Web Camera0.3M
    Interface1 x Microphone-in jack
    1 x Headphone-out jack
    1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
    3 x USB 2.0 port(s)
    1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert
    1 x HDMI
    Card Reader3-in-1 card reader ( SD/ MS / MMC)
    BluetoothYES 
    LAN10/100/1000 Base T
    Battery Pack6Cells : 5200 mAh 56 Whrs
    Dimension 34.8 x 24.198 x 3.46 cm (WxDxH)
    Weight2.60 kg (with 6 cell battery)



          Untuk menguatkan lagi dakwaan aku betapa notebook ini amat memadai untuk dimiliki ialah, harganya cuma RM 1399.00. Amacam betul kan, amat memadai dan berbaloi-baloi. Dengan harga sebegini murah bagi sebuah notebooh bersaiz 14 inci, siap ada graphic card lagi (AMD Radeon 6310) ditambah ngan saiz hard disk yang besar iaitu 500GB. Pergh okey la tu....memang 'safe budget' la. Untuk mereka yang tak mampu nak beli notebook yang mahal untuk main 'game', model ini sudah memadai bagi korang untuk main banyak pilihan 'games' di pasaran. Kalau setakat 'Devil May Cry 4' memang lepas. Kalau ada antara korang yang mau menggunakan software grafik seperti 'AutoCad', notebook ni mampu 'running' software tersebut dengan baik sekali.

          Mungkin korang perasan kelajuan 'processor' cuma 1.65GHz, tapi korang kena ingat.....AMD Dual-Core E450 mampu menggandakan keupayaannya untuk bekerja 2 kali ganda dari nilai yang dicatatkan. Satu lagi aku nak kasi tau korang....emm ini model tahun 2011, bukan lama sangat pun...dan 'still available' di pasaran. Mungkin rupa luarannya biasa-biasa sahaja, tapi kualitinya dijamin bagus woo..plus dia punyer 'warranty' 2 tahun. Okeyla lain kali aku akan kenalkan korang ngan model-model yang lain lagi...bukan model fesyen pakaian ye, tapi notebook hehhehhee. Okeylah jadi la pengguna yang bijak, pastikan berbaloi untuk duit yang korang laburkan tu...dan jangan lupa ada apa-apa soalan taip aje kat bahagian ulasan tu yek....ok Wassalam.

    Ahad, 29 Januari 2012







          Alhamdulillah hari ni Allah temukan aku ngan sahabat baikku  yang dah lama tak ketemu...kat FB lagi tu. Inilah kelebihan IT kalau dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya....ilmu Allah kan.' Anyway' topik kali ni masih  tak lari jauh dari tema utama Blog ni, iaitu 'Information Technology' a.k.a IT.

         Aku dapat kesan sahabat aku ni ( yang tunggang motor yang ada 'bucket' tuh) kat FB...dia ni banyak jasanya sama aku masa zaman aku susah dulu. Lebih kurang 6 tahun aku tak jumpa dia ni....pasal sekarang aku kat Sabah, dia kat Batang Kali, Selangor. Tapi dia ni memang sahabat yang sejati la..apa-apa pun nasihat aku gunakanlah Facebook tu untuk perkara berfaedah seperti mana yang telah aku lakukan ewahhh masuk bakul angkat sendiri nampak.