Gajet canggih di CES 2012
KOMPUTER Emperor 1510
daripada MWE Lab memberikan ruang bekerja yang ergonomik dan dilengkapi
komputer boleh gerak serta sistem audio.
|
Assalamualaikum, salam satu Malysia.....emm apa itu CES. Emm ianya merupakan sebuah konvensyen pameran peralatan atau gajet elektronik yang terbesar. Pameran ni sebenarnya boleh jadi kayu pengukur kepada kualiti sesuatu produk elektronik, so bagus untuk pengguna sebagai panduan. Berdasarakan apa yang berlaku di CES, kita sebenarnya sudah boleh mengagak model-model yang bakal dipasarkan pada tahun tersebut. Pameran Elektronik Pengguna (CES 2012) yang diadakan di Las Vegas,
Amerika Syarikat (AS) bulan lalu berjaya menarik lebih 150,000 penggemar
peranti dari seluruh dunia.
Pesta gajet terbesar dalam sejarah AS itu boleh dianggap sebagai
pameran yang dinanti-nanti penggemar peranti berteknologi tinggi kerana
mengumpulkan pelbagai syarikat terkemuka dunia dengan produk terbaharu
masing-masing.
Las Vegas, Nevada yang diberi penghormatan sebagai tuan rumah CES
2012 menjadi saksi kepada himpunan lebih 20,000 produk dan perkhidmatan
berteknologi tinggi dalam membuka tirai Tahun Naga, pada tahun ini.
Antara produk yang dipamerkan termasuk teknologi audio, tablet,
pengimejan digital, permainan elektronik, hiburan rumah, teknologi
wayarles dan banyak lagi.
"Peranti sambungan mudah alih menunjukkan peningkatan dalam industri
elektronik pengguna dan akan menjadi fokus utama dalam CES 2012.
"CES 2012 merupakan tempat terbaik dalam menyaksikan tablet dan
telefon pintar terbaharu yang mengetengahkan keupayaan sebenar jalur
lebar sehingga peranti tanpa wayar bersesuaian dengan cara kehidupan
pengguna," kata Naib Presiden Kanan Persatuan Elektronik Pengguna, Karen
Chupka.
Nokia Lumia yang terbaik ( ini aku pernah kasi tau dalam artikel yang lepas).
TELEVISYEN LG 3-D OLED bersaiz 55 inci yang menggunakan cermin mata tiga dimensi turut dipamerkan dalam CES.
Bintang bagi pameran pada kali ini yang berjaya menarik perhatian
media antarabangsa merupakan syarikat telekomunikasi gergasi Nokia yang
memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka.
Model Nokia Lumia 900 yang menggunakan sistem operasi Windows Mango
dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik dalam pameran tersebut.
Ia yang dilengkapi pemproses Snapdragon 1.4 gigahertz (GHz) dianggap
mampu memberi persaingan kepada peranti Android dan iPhone sekaligus
melonjak semula jenama Nokia.
"Ia merupakan telefon Windows pertama yang dibangunkan dan direka
untuk pasaran Amerika Utara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nokia,
Stephen Elop.( harap-harap dipasarkan kat sini jugak).
Katanya lagi, 'peperangan' telefon pintar telah bertukar daripada pertempuran peranti kepada ekosistem.
Walaupun mendapat perhatian media sehingga dianggap hero baharu
Nokia, ia masih tidak dapat menjamin model tersebut akan mencuri tumpuan
pengguna.
Dalam pada itu, model Fujifilm X Pro 1 beresolusi 16 megapiksel mendapat pengiktirafan sebagai kamera terbaik.
Model terbaharu yang disasarkan kepada jurugambar profesional
mengetengahkan reka bentuk vintaj tetapi, dilengkapi teknologi terkini.
Antara produk lain yang berjaya meraih anugerah dalam CES 2012
termasuk ultrabook HP Envy 14 Spectre, tablet e Asus Memo 370T,
televisyen OLED LG dan banyak lagi.
Lambakan ultrabook
NOKIA Lumia 900 menggunakan sistem operasi Windows dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di CES.
Sementara itu, menurut pemain industri, dianggarkan terdapat antara 30 dan 70 model ultrabook daripada pelbagai jenama diperkenalkan pada CES tahun ini.
Kebanyakan ultrabook yang dijana Intel adalah lebih nipis dan mempunyai jangka hayat bateri lebih panjang berbanding komputer riba serta dijangka akan meningkatkan industri komputer peribadi.
Menurut Intel, ia berharap ultrabook akan meningkatkan industri komputer mudah alih dalam memberi saingan kepada tablet dan menjangkakan sebanyak 40 peratus penjualan komputer riba pada tahun 2012 adalah ultrabook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan