SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Selasa, 31 Januari 2012



                     ANTI VIRUS 'FREE' DENGAN CLAM WIN.

clamwin antivirus

      Hari ni tutorial 'Entrepreneurs' abis awal sikit, 'so' bole la ambik masa kejap lepak-lepak sambil bukak Facebook. Tengah syok 'chatting' ngan 'member' FB...muncul la plak Hisyam (kawan sekampus tapi lain 'course'). "Wan ko tolong 'install'kan anti virus kat laptop ku ni. Dengan muka mengharap dia merayu, 'ish kacau daun betul la mamat sekor ni,' bisik hatiku yang memang kurang senang dengan kemunculannya yang sangat 'disturbing' ni. Aku ambik laptopnya, berfikir sejenak apakah anti-virus 'free' yang sesuai untuk mamat ni. Member aku ni kalau bole semua mende dia mau 'free'(lokek betul la), pas tu mesti yang berkualiti (teruk betul la mamat ni)....malang la sapa yang jadi aweknya ni hehehe. Fikir punyer fikir..ahha 'Clam Win', nama yang terlintas di kepala ku Jadi apakah mendenya Clam Win ni ?.

       Okey hari ni aku nak 'share'kan korang satu lagi artikel yang aku kira bermanfaat untuk kita semua. Yup!..memang bermanfaat, dan topiknya ialah berkaitan aplikasi anti-virus percuma yang bernama 'ClamWin',( macam memperkenalkan nama orang la plak). Korang mungkin tahu atau biasa ngan nama-nama besar dalam industri anti-virus ni, seperti Avira, AVG, Kaparseky dan lain-lain lagi. Walaupun kesemua jenama di atas turut menawarkan versi percuma, namun percayalah ada muslihat di sebaliknya, atau dalam bahasa perniagaan strategi la kan. Kalau korang pernah muat turun AVG versi percuma misalnya....korang bukan dapat 'full-protection', betul tak...kadang-kadang ada jugak yang 'download' versi 'trial' atau percubaan. Versi percubaan ni plak ada tempoh sah aktifnya la plak, biasanya 30 hari. Bagi yang mahir ngan teknik 'cracking' mungkin boleh dapat 'upgrade' pegi 'full-protection' kan. Namun bagaimana plak ngan nasib kebanyakkan pengguna yang mau menggunakan anti-virus 'free'(taknak keluar duit la tuh)dan dalam masa yang sama, mendapat perlindungan yang sebaik anti virus yang dibeli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, jeng...jeng...jeng, ClamWin la hehehee.

     Okeh dah dapat sikit gambaran, tapi apa sebenarnya ClamWin(nak kenal lebih dekat la ni kan). ClamWin asalnya adalah sejenis program anti-virus yang berteraskan 'open-source project' a.k.a sumber terbuka la(maknanya percuma). Sebenarnya ia adalah antara 'toolkit' yang direka khas untuk UNIX. Namun berdasarkan namanya aje korang boleh agak, ClamWin versi Windows juga wujud....dan boleh dimuat turun secara 'free'. Saiznya hampir 39.96MB dan korang boleh muat turun melalui 'link'  di bawah ni  http://www.clamwin.com/content/view/18/46/.( Klik aje kat link ni okey).

        Untuk pengetahuan korang, aku 'download' dan menggunakan versi 0.97.3, untuk 'review' ni pun aku fokuskan kepada 'version' yang aku guna. Apabila korang dah kilik kat 'link' tadi, sila beri perhatian kalau-kalau ada muncul tawaran untuk muat turun 'ASK TOOLBAR'. Kalau korang mau layan jugak 'pop-up' tu korang klik la(baik takyah, buang masa). Okey pendekkan cerita....lepas korang dah muat turun dan 'install' Clam Win, korang lancarkanlah aplikasi tu dan akan terpapar la situasi seperti di bawah :



      clamwin antivirus

Korang klik aje 'YES' untuk muat turun pengkalan data definisi virus Clam Win.


  clamwin free antivirus

Jangan lupa pastikan korang ada 'connection' ke Internet, kalau pakai Broadband kejap aje tu.


     clamwin free antivirus  
       
Apabila Clam Win selesai 'update' pengkalan datanya, korang akan nampak tetingkap macam kat atas, di mana korang perlu klik kat 'preferences'. Lepas tu 'update' sekali lagi pengkalan data definisi virus ni dan scan program-program semasa dalam memori komputer korang. Korang boleh 'select' memori yang mana korang mau 'scan'.




clamwin free antivirus

Kecualilah kalau korang tengah 'running' aplikasi yang besar seperti Photoshop misalnya, kerja-kerja 'scanning' akan mengambil sedikit masa. Selesai 'scan' maka akan muncul la tetingkap laporan hasil 'scanning' tadi.(macam kat bawah).

clamwin

Kat bawah ni adalah paparan tingkap utama Clam Win selepas korang klik memori pilihan untuk di'scan'. Pecahan 'directory' akan dipaparkan. Korang boleh jugak 'scan' keseluruhan partition yang ada sekaligus.

clamwin


clamwin antivirus

Kat atas ni adalah 'preferences' Clam Win, ini lah yang aku cerita tadi, ianya akan muncul selepas korang 'update' pengkalan data Clam Win ni. Kat sini macam-macam korang boleh tetapkan, misalnya jadual untuk 'automatic scan'.



      Wokey lah...sekian saja untuk artikel kali ini, semoga korang beroleh manfaat. Cubalah korang muat turun aplikasi percuma ni, memang best. Emm...kalau ada apa-apa kemusykilan tanya aje jangan segan-segan....emm senyum sampai ke telinga member aku sorang ni, tercapai sudah hasratnya. Macam biasa perkhidmatan aku pun 'free' jugak(memang takleh buat bisnes ngan dia ni). Baiklah aku mau chow dulu, balik rumah...fikir-fikir apa lagi bahan untuk Blog ni.....Wassalam.

Tiada ulasan: