MAINFRAMES V.S. SUPERCOMPUTERS
Assalamualaikum, salam satu Malaysia...emm ari ni aku nak citer tentang Supercomputer dan Mainframes computer yang juga dikenali sebagai komputer kerangka utama dalam Bahasa Melayu. Artikel ini menjawab pertanyaan cik Zar Zariena .Walaubagaimana pun artikel ini still bermanfaat untuk korang yang lain k. Perbezaan diantara Supercomputer dan mainframes computer bukan lah sukar sangat untuk difahami. Supercomputer ni biasanya difokuskan untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan pengiraan kelajuan yang tinggi ( High speed calculation) sementara mainframes pulak difokuskan kepada permasalahan yang terbatas kepada konsep input/output data dan menyelesaikan pelbagai masalah perniagaan (kira untuk urusan perniagaan la). Untuk pemahaman lebih lanjut, sila korang baca penulisan seterusnya.
SUPERCOMPUTER
Supercomputer adalah komputer yang yang tersangat la power, seperti mana namanya. Korang tengok aje gambarnya kat atas tuh...gempak kan. kalau kat umah, kat mana nak letak yek? Terlibat dalam kerja-kerja pemprosesan dalam kapasiti yang besar, dan tentunya melibatkan kelajuan yang tinggi dalam pengiraan. Supercomputer mula diperkenalkan pada 1960an oleh Seymour Cray di CDC (Control Data Corporation).Supercomputer pada 1970an pula hanya menggunakan sekadar beberapa processor, manakala dalam tahun 1990an pula, jumlah processor di dalam Supercomputer meningkat kepada beberapa ribu sehinggalah sekarang. Biasanya Superkomputer hari ini mengandungi sehingga 10 ribu processor....wow komputer ke apa ni ? bukan Supercomputer tapi Godzillacomputer hehhehee.
Buat masa ini Supercomputer yang terlaju di dunia adalah K Computer milik Jepun.Kebanyakkan Supercomputer hari ini menggunakan Linux sebagai teras Sistem Operasinya.(aku pun guna Linux heheheheh). Grid tenaga Supercomputer memang sangat-sangat tinggi, kalau korang mampu memasang di rumah korang, silap-silap seluruh kawasan perumahan akan 'blackout' heheheh. Keadaan ini disebabkan ia melibatkan penguasaan komputer dalam jumlah yang sangat besar...so korang pun tau kan kenapa ianya tak sesuai kat umah korang...kecuali kalau korang ada loji nuklear la kat belakang rumah. Secara khusunya Supercomputer digunakan dalam kerja pengiraan tahap hardcore atau sangat intensif iaitu : Quantum Physics, Kaji Cuaca, Kajian Angkasa Lepas, Penerokaan sumber asli seperti minyak dan gas, molecular modeling (korang tak buat mende ni kat umah kan hehhe), dan juga simulasi fizik ( macam simulasi terowong angin untuk kapal terbang ), dan yang paling gempak ialah simulasi senjata nuklear. Jadi jelas kan Supercomputer ni hanya digunakan untuk kerja-kerja yang sangat kompleks dan besar.

Kat bawah ni adalah antara kegunaan Supercomputer dari sejak mula konsep Supercomputer diperkenalkan sehinggalah sekarang :
Decade | Uses and computer involved |
---|---|
1970s | Weather forecasting, aerodynamic research (Cray-1).[66] |
1980s | Probabilistic analysis,[67] radiation shielding modeling[68] (CDC Cyber). |
1990s | Brute force code breaking (EFF DES cracker),[69]
3D nuclear test simulations as a substitute for legal conduct Nuclear Proliferation Treaty (ASCI Q).[70]
|
2010s | Molecular Dynamics Simulation (Tianhe-1A)[71] |
MAINFRAMES COMPUTER
Mainframes computers seringkali dirujuk sebagai besi besar, ianya adalah komputer yang juga sangat kuat. Perbezaannya berbanding Supercomputer adalah, ianya biasanya digunakan dalam hal ehwal korporat dan Jabatan kerajaan untuk aplikasi kerja-kerja yang kritikal.(Tapi tak sekritikal kerja-kerja yang dilakukan oleh Supercomputer). Dalam urusan korporat mainframes computer digunakan untuk memproses data yang besar melibatkan statistik pelanggan, perancangan perniagaan dan juga proses transaksi. Terma Mainframe computer asalnya merujuk kepada sebuah kabinet yang sangat besar yang menyimpan CPU dan memori utama komputer yang terawal dicipta. Kemudian istilah atau terma tersebut diguna pakai untuk komputer komersial yang berkuasa rendah dan sederhana, macam komputer peribadi la.Sejarah Mainframe Computer bermula sekitar tahun 1960an, oleh ayah Barrack Obama hehehe gurau aje. Bermula 1960an mainframes computer terus berkembang sehingga kini. Kat bawah ni contoh Mainframes Computer.Jangan terpedaya ngan rupa, pasal rupa kurang lebih aje ngan Supercomputer, but what differentiate supercomputer from mainframe computer is that penggunannya tu.

Jadi korang boleh faham kan mana lagi bagus...sebenarnya tak timbul isu mana yang lagi bagus. Supercomputer mahupun Mainframes Computer, penggunaanya adalah bergantung kepada skop dan keperluan kerja. Klau korang setakat mau main games Mario takkan korang nak pakai Supercomputer kan..gile apa ! FELDA PRODATA misalnya, menggunakan sistem Mainframes Computer untuk menguruskan pengkalan datanya yang tersangat la besarnya tu. Okey cik Zar Zariena, harap informasi ni cukup membantu anda....dan bagi yang lain-lain, harap pengetahuan korang bertambah. Err kalau masih ada persoalan silalah tinggalkan di bahagian ulasan yek...Wassalam.
1 ulasan:
Mainframe ni bukan server banyak2 yg susun dalam rack ke??kalau salah tolong tunjuk kan...huhu..
Catat Ulasan