HATI-HATI MENGGUNAKAN LAPTOPAssalamualaikum salam satu Malysia, hari ni aku hidangkan korang ngan satu artikel yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa rasmi kita. Untuk sama-sama kita fikirkan, jangan terlalu leka dalam melaukan sesuatu....takut akan padahnya, Okey bacalah artikel di bawah yek... Wassalam.
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu. Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah. Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
Aku percaya ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. Maksudnya jangan la sampai korang tertidur, dan laptop tu masih terus 'on'...panas nanti sapa yang susah.
"Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang"
SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA
Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!
Jumaat, 3 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan