KOMPONEN PENTING SEBUAH KOMPUTER
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku mau kongsikan informasi berkaitan komponen atau perkakasan asas yang penting di dalam sesebuah komputer. Sebelum aku pergi lebih jauh dan membingungkan otak korang, adalah lebih baik kalau korang lihat dulu senarai di bawah ni :
- Intel Core i7 2860QM @2.5GHz
- 8 GB DDR3
- 500 Gb HDD
- 2GB GDDR5 nVidia GeForce GTX 580M,
- 17.3-inch Wide Full HD WLED display
- 1920×1080 resolution @120Hz
- 8 cell battery
- USB 3.0, 2Mpx WEB Cam, Card Reader, DVD-RW, Blu-Ray
Drive
Okey mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud senarai di atas, apakah ia merupakan sebuah pantun dalam bahasa komputer. Semoga korang tidak beranggapan sedemikian rupa...kalau tak tahap pengetahuan korang memang di tahap kritikal hehheheh.Wokey...korang mungkin biasa nampak senarai seperi di atas tertera kat body komputer, terutamanya laptop la ( biasanya kat sudut bawah sebelah kanan). Sebenarnya ianya adalah spesifikasi yang menjelaskan kemampuan bagi komputer, atau bahasa mudahnya....keupayaan komputer atau laptop tu la. Berikut adalah penjelasan berkaitan spesifikasi di atas mengikut susunan :
Central Processing Unit (Unit Pemproses Pusat)
Komponen pertama dan terpenting dalam sesebuah komputer, CPU kekadang dikenali jugak ngan nama Processor. Komponen ini merupakan otak komputer...ada gak yang menganggap ia adalah jantung komputer. Bagi aku kedua-duanya relevan, otak pun iye.....jantung pun iye. Pengeluar Processor yang top buat masa ni adalah Intel dan AMD. Gambar kat atas tu adalah Processor keluaran Intel.....Intel Core i7. Kehebatan processor dinilai berdasarkan kelajuannya memproses data, sebagai contoh macam catitan spesifikasi kat atas, Intel Core i7 2860QM @2.5GHz...menunjukkan processor adalah dari jenis Intel i7 berkelajuan 2.5GHZ ( pergh power giller ni).
Sehingga ke tarikh artikel ini diterbitkan......i3, i5 dan i7 adalah produk terkini daripada Intel. Setiap versi didatangkan dengan keupayaan yang berbeza. bagi korang yang suka melayari internet, menghabiskan masa berkualiti kat Facebook atau menonton filem jiwang....Intel i3 sudah memadai untuk anda. Bagi 'Hard- Core Gamers' ataupun kaki 'game', i7 adalah syurga dunia korang. i5 pulak cuba mengimbangi kemampuan kedua-dua processor iaitu i3 dan i7. Pendek kata sederhana la....hebat sikit dari i3....kureng sikit dari i7. Tapi macam yang penah aku warwarkan dalam artikel sebelum ni....i7 memang mahal wooo.
Random Access Memory (Memori Capaian Rawak)
Random Access Memory atau lebih dikenali sebagai RAM, ia merupakan memori sementara komputer. RAM ni melancarkan penghantaran input dari Hard Disk ke skrin komputer korang tu. Lebih besar RAM korang maka semakin lancar la 'output' dipaparkan kat skrin korang tu.Kira RAM ni macam orang tengah la.
Dalam pasaran hari ni RAM terbahagi kepada dua kumpulan iaitu DDR2 dan DDR3. Aku rasa tak perlu diperjelaskan panjang kebar tentang perbezaan antara kedua-dua jenis RAM ni....pening kepala korang plak nanti. Yang penting untuk korang tau ialah...DDR3 tentunya lebih baik dari DDR3 dalam apa jua aspek.....faham kan. Berapa plak jumlah RAM yang sesuai untuk korang.....emmm ianya berbeza mengikut penggunaan. Klau korang mau guna komputer atau laptop hanya untuk kegunaan asas 2 hingga 3 GB sudah memadai. 3GB bagi DDR3 adalah bersamaan dengan 4GB bagi DDR2. Melainkan korang menggunakan software atau aplikasi yang memerlukan sumber yang besar, maka korang perlukan RAM yang besar, contohnya main 'games' yang power la. Korang boleh upgrade RAM korang asalkan korang ada bajet.
Hard Drive a.k.a Hard Disk
Beralih kepada komponen seterusnya, iaitu Hard Drive (HDD) atau korang mungkin lebih mengenalinya dengan nama Hard Disk. Kalau korang masih ingat lagi perihal RAM, yang aku jelaskan awal tadi...Hard Drive ni ialah memori jangka panjang (RAM - memori capaian rawak dan bersifat sementara). Sistem operasi, fail, gambar, muzik dalam komputer korang tu sebenarnya tersimpan kat Hard Drive ni la. Hard Drive ni biasanya terbahagi kepada dua pecahan atau Partition, iaitu Drive C dan D. Tentu korang perasan kan. Oleh sebab ianya menyimpan banyak benda, so tentunya ia bersifat atau bersaiz besar.
Bercakap tentang saiz Hard Drive ni plak, saiz yang biasa terdapat di pasaran ialah 250 GB, 320 GB, 500 GB, 750 GB hinggalah 1000 GB (1 TerraByte). Hari ini kalau korang beli komputer atau laptop, saiz Hard Drive standard biasanya 320 GB. Lagipun kalau masih tak cukup korang boleh guna perkhidmatan Cloud untuk menyimpan data-data korang yang kononnya banyak tu.....entah apa la yang banyak sangat tu. Cloud ni kira macam ruang penyimpana maya la..di mana data korang disimpan di alam cyber la. Tapi aku akan jelaskan kepada korang tentang Cloud di dalam artikel yang akan datang la.
Hari ini muncul satu lagi versi baru Hard Drive, iaitu SSD (Solid State Drive). Kelebihan SSD berbanding HDD ialah, saiz fizikalnya lebih tipis dan mampu bekerja dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun korang paham-paham la, harganya pun boleh tahan. Klau korang ada bajet takde salahnya korang try SSD, tapi HDD masih lagi relevan...so jadilah pengguna bijak hehehhe, jangan membazir.
Graphics Card

Graphics Card ( GPU- Graphical Processing Unit ) juga dikenali sebagai Video Card, juga tak kurang penting fungsinya. Graphic Card menjamin kualiti paparan video atau grafik yang lebih baik. Bagi penggila 'games', Graphics Card merupakan prasyarat utama. Kebanyakkan laptop hari ini mengintegerasikan Video Card ke dalam Motherboard, misalnya Intel dengan siri GMA sementara AMD dengan siri HD.
kalau korang bukan kaki 'games' tetapi menggunakan software grafik seperti AutoCad, Graphic Card adalah banyak membantu. nVidia adalah salah satu jenama kad grafik yang sangat popular ketika ini. Apa yang penting korang kene ingat, kalau korang cuma menggunakan komputer untuk menaip assigment dan ber'Facebook'.....takde grafik kad pun takpe.
RESOLUSI DAN DIMENSI SKRIN

Resolusi dan dimensi skrin merupakan satu lagi aspek penting bagi sesebuah komputer. Dimensi merujuk kepada keluasan saiz paparan skrin komputer tu la. Jadi bergantung kepada keinginan korang la...korang mau skrin sebesar mana. Saiz dimensi yang biasa terdapat di pasaran ialah, 15.4", 15.6", 17.3" dan 19".
Paparan ni plak terbahagi kepada beberapa jenis lagi iaitu LCD, LED,OLED DAN WLED. Untuk artikel ni aku takkan sentuh secara mendalam tentang keempat-empat jenis paparan ni, cukup la untuk korang tau wujud beberapa pilihan berkenaan resolusi dan dimensi komputer ni. Ada lagi yang terbaru, Glasses-Free 3d....ini yang latest punyer...tapi aku ingatkan korang, harganya memang mahal. Klau mampu memilikinya korang memang bertuah...pasal ni kira state-of-the-art punye teknologi.

Resolusi plak merujuk kepada amaun piksel per inci, resolusi yang paling popular ialah 1920 x 1080....kurang dari amaun ni, aku tak syorkan sama korang. Resolusi yang aku cadangkan ni memang dah superb untuk paparan yang sempurna panjang dan lebarnya.
p/s: Okeyla nanti sambung lagi yek ngantuk la my frenz....Wassalam.
p/s: Okeyla nanti sambung lagi yek ngantuk la my frenz....Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan