SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Jumaat, 27 Januari 2012



           
                   IPHONE 4S VS SAMSUNG GALAXY NOTE

 

Image Detail





    Assalamualaikum, salam satu Malaysia...okey untuk artikel kali ni aku nak citer sikit pasal 'comparison' 'between' iPhone ngan Samsung Galaxy Note. Gajet yang sedang hangat diperkatakan ketika ini..yup! dua-dua memang hebat. Kedua-dua 'devices' ni mempunyai peminat atau 'follower'nya sendiri. Persoalannya mana satu yang paling 'best' kalau mau beli yek ? memenungkan kepala lagi, kalau korang minta pendapat peminat iPhone, tentu diorang cakap iPhone paling best..begitu jugak sebaliknya, peminat Samsung akan mati-mati mempertahankan Galaxy Note. Lalu di manakah kebenaran (eleh macam ayat dalam drama pendekar plak).

     Oleh itu untuk memperjuangkan keadilan bagi pengguna yang takde langsung 'clue', device mana yang terbaik untuk dimiliki, maka aku menulis artike ini, moga ia menjadi 'guideline' kepada korang. Kalu yang takde niat nak beli, bole la korang tambahkan pengetahuan korang, supaya tak kene kencing ngan orang lain , terutamanya tukang jual 'phone' tu la kan hehehhee.Berikut adalah perbandingan yang aku aku maksudkan jeng jeng jeng :


Rekabentuk

     Galaxie Note memang bersaiz agak besar, bagi sebuah telefon bimbit . Berukuran 146mm x 83mm memang menyukarkan untuk memegangnya dengan selesa. Walaubagaimanapun tak seperti saiznya, sebenarnya Galaxy Note ni tak la berat, cuma 178g. Lagipun saiznya yang sebegitu, memungkinkannya untuk memiliki saiz skrin yang jugak besar. Bagi mereka yang sukakan skrin yang besar, memang sesuai la korang pakai Galaxy Note ni. Kawan aku si Mus cakap, kalau lempar anjing bole ilang ingatan anjing tu seminggu hehehe.

     Bagi iPhone 4s plak, ia masih lagi hadir dengan rekabentuk yang cantik. Perasan tak aku tulis 'masih lagi', itu bermakna Rupabentuk luaran iPhone 4s masih lagi sebijik macam versi sebelumnya iaitu, iPhone 4. Maksudnya bukan tak cantik, cuma takde sebarang perubahan yang ketara (atau takde langsung) pada rupa luarannya. Ingat ye bukan aku kata tak iPhone 4s tak hebat, cuma dari segi rekabentuk ia masih mengekalkan rekabentuk lama. Jadi rekabentuknya masih nampak lama hehee

Pemenang - Samsung Galaxy Note.


Paparan

     Paparan Samsung Galaxy Note memang besar, 5.3 inci, skrin plak 'Super Amoled Capacitive touchscreen,' cantik woo gambar dia...material skrin plak diperbuat dari Gorilla Glass yang diperkuat, kalis calar dan sangat lasak. Resolusi skrin plak mengagumkan, 800 x 960 dengan densiti piksel 285 piksel per-inci (ppi). Percayala paparannya memang masyuk

     iPhone 4s plak masih tak berubah, masih lagi tampil dengan skrin 3.5 inci (LED backlit) beserta TFT Retina Display. Resolusi 640 x 960 dan densiti piksel plak 330 per-inchi. Resolusi mungkin memang la rendah tapi dari segi piksel....lagi masyuk dari Samsung Galaxy Note. Ia jugak kalis calar dan dilapisi dengan material kalis kesan comot dari jari. Kalu jari korang tu banyak minyaknya...ngam la pakai iPhone 4s ni hehhehe. Emmm satu lagi penggunaan teknologi 'TFT Retina Display', walaupun sudah diperkenalkan kat iPhone 4, namun ia masih lagi merupakan suatu yang mengagumkan. Terima kasih kepada Densiti 330 ppi, yang menjadikan paparan iPhone 4s sangat 'superb'. Sebagaimana Galaxy Note ia jugak ada accelerometer dan gyro sensors, 'fair and square la kan.

Pemenang - iPhone 4s


Kamera

      Kamera kedua-dua phone ni sama aje 'spec'nya...dua-dua 8 megapiksel, dengan resolusi 3264 x 2448 piksel. Keupayaan rakaman video kedua-dua gahet ni sama aje iaitu, 1080p. Namun kredit untuk iPhone kerana disertakan ngan aplikasi untuk 'edit' gambar yang sangat canggih. Senang-senang aje korang bole buang jerawat, takyah pakai 'Photoshop' hehehe. Satu lagi kelebihan iPhone ialah, keupayaan kameranya yang mesra pengguna (auto-setting) memang memudahkan. Untuk Samsung Galaxy....software untuk edit gambar korang boleh download kat Android Market, cuma aplikasinya tak secanggih iPhone.


Pemenang - iPhone 4s


Penyimpanan (Storage) & RAM

    Samsung Galaxy Note didatangkan dengan pilihan 16GB dan 32GB, dan ada slot sd card untuk tambahan memori sehingga 32 GB. Memori dalaman sebesar 16GB pun dah cukup besar dah. Memperkuatkan lagi keupayaan 'processor', Galaxy Note memiliki RAM setinggi 1GB.....fuyoo tingginya RAM.

      iPhone 4s plak didatangkan dengan 3 pilihan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB, tak payah korang fikir pasal slot tambahan untuk sd card lagi. RAM pada iPhone 4s plak cuma 512 MB rendah berbanding Galaxy Note, namun kekuatan 'chipset' pemproses  A5 pada iPhone 4s sudah lebih dari memadai untuk memperkuatkan prestasi bagi iPhone 4s.Untuk kategori ini aku kasi Samsung Galaxy la menang.

Pemenang - Samsung Galaxy Note


Pemproses (Processor) & GPU









     Samsung dijana oleh ' chipset Exynos dual core ARM Cortex-A9 processor dengan kelajuan 1.4 GHZ (mak oi lajunya). Disempurnakan lagi dengan Mali-400MP graphics processing unit (GPU), handset ni ada GPU..maknanya gambar dia memang dahsyat bai.

     Apple plak telah mengasimilasikan kuasa iPad 2 kedalam casis kecil iPhone 4s. Dual Core ARM Cortex-A9 processor dan chipset A5 dengan kelajuan 1GHZ agak rendah sedikit berbanding Galaxy Note, namun masih kira sangat berkuasa woo. Menyokong abiliti grafik plak, iPhone dilengkapi dengan SGX 543MP2 GPU meletakkan iPhone di hadapan.

     Kelebihan dari segi sokongan grafik atau GPU mungkin berpihak kepada iPhone, namun perbezaan dari segi grafik secara keseluruhannya adalah tidak begitu ketara. Kalau korang ada peluang untuk bandingkan paparan grafik kedua-dua phone ni, korang akan dapati lebih kurang aje cantiknya. Jadi kemenangan berpihak kepada Samsung Galaxy Note berdasarkan kelajuan processornya.

Pemenang - Samsung Galaxy Note.



  Sistem Operasi (Operating System)

  
      Galaxy Note berteraskan 'platform ' Google's Android 2.3 Gingerbread. OS ini beroperasi dengan lancar pada Galaxy Note dan memang stabil. Fungsi 'multi-tasking' Android pada Galaxy memang best, namun ianya tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan versi Android sebelumnya. Menambahkan lagi saham Android, banyak applikasi percuma dan yang dijual boleh dimuat turun dari Android Market. Bagi golongan 'programmer' atau 'hacker', Android memang satu pilihan yang tepat, sebab lesen Android ni bersifat terbuka. Semua sedia maklum Galaxy Note didatangkan dengan S Pen, atau Stylus. Ertinya korang boleh menulis atau melukis kat Galaxy Note ni. Memang banyak membantu bagi mereka yang suka menulis atau mencatit. Namun polisi Android Market yang sangat longgar mengakibatkan banyak aplikasi yang tidak berkualiti masuk ke market tersebut.

       iOS 5 (iPhone) plak, menghidangkan pelbagai fungsi baru termasuklah sistem penghantaran mesej sebagaimana Blacberry Messengger (boleh hantar mesej 'free', tapi sesama iPhone la). Aplikasi yang iPhone yang boleh dimuat turun memang dijamin berkualiti, ini adalah hasil polisi Apple yang ketat. Tapi yang paling best ialah SIRI...teknologi kebijaksanaan tiruan (AI) yang unggul dekad ini. Bagi yang tak paham apa kebenda SIRI ni, sini aku jelaskan. SIRI adalah teknologi AI, membuatkan iPhone boleh berkomunikasi ngan korang, seperti pembatu peribadi maya. Pendek kata kalau takde orang mau 'call' korang....maka korang bole la berborak ngan iPhone korang tuh hahahhaa. Aku dah tengok demonya, memang sah teknologi Apple berada di tahap pecah bumi. Banyak syarikat komputer dan telefon cuba untuk bangunkan teknologi seumpama SIRI, namun masih belum mencapai keupayaan sebagaimana SIRI oleh Apple Inc. iPhone 4s memang takde Stylus (pen), pasal mendiang Steve Jobs memang tak suka mende ni. Walaubagaimanapun SIRI sudah mengisi kekosongan tersebut. Cuma bagi mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris, SIRI mungkin tidak menarik perhatian . Jadi bagi kategori ini aku kasi seri...hehehhe.


Pemenang - Seri.



Image Detail


Kesimpulan


      Secara keseluruhan Samsung Galaxy Note adalah pemenang, namun harus diingat peratusan kemenangan setiap kategori adalah tidak jauh berbeza. Bagi aku apa yang lebih penting ialah, keperluan dan kemampuan. Kalau korang memang mampu, korang kena la tengok plak kat mana keutamaan penggunaan korang tu. Mungkin bagi mereka yang kuat menulis, Samsung Note mungkin jadi pilihan. Kalau korang suka merakam video dan foto aku cadangkan iPhone 4s Kalau korang cun bahasa Inggeris....bagus korang try SIRI kat iPhone, memang 'best'. Game kat iPhone 4s memang 'superb', kalau kat Galaxy Note 'games'nya masyuk jugak....cuma iPhone lebih sikit la. Pendek kata tepuk dada tanya selera, dan tanya dompet korang tu heheheh, lagipun aku tak paksa korang terima bulat-bulat tulisan aku, korang buat la 'research' korang sendiri jugak ye.....Wassalam.



Selasa, 24 Januari 2012



                         ASAS PENGATUCARAAN C++






    Assalamualaikum....orait, kali ni aku nak tulis tentang  'programming language', atau dalam bahasa melayunya...bahasa komputer atau pengaturcaraan. Artikel ni hanya untuk test power..kalau ada sambutan bagi mereka yang 'into' programming computer...especially student computer science la, aku akan buka satu blog yang khusus untuk topik ni.

    Okey secara ringkasnya C++ adalah sejenis bahasa komputer yang sangat popular dewasa ini. Sebenarnya C++ ni berevolusi dari bahasa C. C++ banyak digunakan dalam dalam membina aplikasi yang kecil seperti pengawalan alat elektrik, hinggalah yang besar seperti mengawal peluru berpandu. Bukan main-main ni, C++ memang merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat 'power'. Untuk tidak melengah-lengahkan masa lagi ayuh mula.


#include <iostream.h>
//Aturcara ini memaparkan Hello World! pada skrin
int main()
            {
                   cout << "Hello World!" ;
                   return 0 ;
            }




     Emm aoa kemendenya kat atas ni......Ini la aturcara namanya. hehhe aku jelaskan ngan korang satu-persatu okey.



1. #include         arahan yang menyuruh pengkompil menyertakan fail iostream.h bersama aturcara.
                          Baris ini dikenali sebagai arahan prapemproses, iaitu utusan kepada   prapemproses C++.                        

2. //                    Simbol ni plak mesti digunakan kalau korang mau tulis ulasan kat aturcara korang tu.
                          Ertinya sebelum korang tulis ulasan, mesti didahului ngan simbol ini. Simbol ni akan
                          mengakibatkan baris ulasan itu tidak diendahkan oleh pengkompil. Ulasan kan cuma untuk
                          rujukan pengaturcara.

3. int main ( )      Ini plak pernyataan fungsi utama. korang dapat lihat pernyataan "cout << "Hello World!" tu
                          kan ?.....Pernyataan ni menyuruh komputer menghantar rentetan 'Hello World !' ke objek
                          'cout'.


4. cout               Cout ni plak merupakan peranti output; biasanya skrin komputer.

5. return 0          Menyebabkan fungsi main mengembalikan nilai sifar, memberitahu sistem pengendalian
                          komputer...bahasa aturcara dihentikan tanpa sebarang ralat (error)

6. <<                 Dikenali sebagai pengendali sisipan. Ia memasukkan objek ke dalam arus output yang
                         dinyatakan di sebelah kirinya (dalam contoh di atas, cout).



     Okeylah Insya Allah aku sambung lain kali yek ?....kalau ada sambutan, macam yang aku kata tadi...aku akan buat satu blog khusus untuk peminat topik ni okey.
                       

Isnin, 23 Januari 2012

Hhahaha ini anak buah aku...namanya Ayu, masih study di tingkatan enam. Dalam gambar tu dia sedang menggayakan teknik maut...iaitu teknk "memotong lidah lelaki penipu."hahaa. amacam berani ke sesapa kat luar tu mau berkenalan ngan dia nih ?