SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Sabtu, 18 Februari 2012


                                     PC (Windows) VS  MAC (APPLE)


          Assalamualaikum salam satu Malaysia......emmm satu lagi artikel dari aku untuk korang. Topik kali ni aku kira agak hot jugak, iaitu PC VS MAC...bagi yang tak paham biar aku jelaskan. PC tu merujuk kepada komputer yang menggunakan Windows sebagai Sistem Operasi, sementara MAC plak apa lagi kalau bukan komputer keluaran Apple Inc. Faham bukan...okey kita teruskan yek ! Hmmm perdebatan tentang siapa lagi bagus diantara kedua-dua nama ini dah berlangsung sejak lama dulu (tapi bukan zaman dinosour la). Peminat susah mati PC akan menganggap pengguna MAC sebagai pengguna yang hanya hanya sekadar tahu menayang kemewahan, pengguna MAC plak beranggapan mereka adalah yang keterhadapan, paling canggih la konon(tapi tak semua macam tu). 

          
                                        PC or Mac

          So which one is the best ? it's really mengelirukan right ? Ok secara jujurnya untuk memperjelaskan topik ni.....memang la memakan masa yang panjang dan ruangan yang sangat besar(ertinya aku tak larat nak taip la). But i'll try my best untuk memberi anda sedikit garis panduan yang aku kira cukup untuk buat korang faham. For future article, Insya Allah aku akan tambah lagi info tentang topik ni. Sebelum tu I would like to remind all of you that, aku menilai kedua-dua produk ni secara telus dan adil ok. Lagipun aku ni pengguna PC tegar and in the same time aku jugak peminat MAC....so adil kan? Okey la without further a due kat bawah beberapa perbandingan diantara PC dan MAC :


KOS


  Image Detail

     Macam biasa la sebagai pengguna kos merupakan kata kunci utama dalam menentukan arah perbelanjaan kita kan. Macam biasa juga kebanyakkan pengguna cuma tau, mau yang murah tapi mesti sangat  berkualiti, aku ulangi sangat berkualiti...hey sakit la peniaga macam ni, diorang pun nak hidup jugak. Okeylah sebagai pengguna bijak anda tentunya mahukan pelaburan anda berbaloi dengan wang yang dibelanjakan, betul tak.

       Sejak beberapa tahun PC mendominasi pasaran dengan menawarkan harga yang sangat friendly market, compare to MAC yang harganya yang kita sedia maklum tersangat la mahalnya. Mati hidup balik macam tak penah jumpa produk MAC yang harganya bawah RM2500.00.(kecuali second hand la hehehe).Situasi ini memungkinkan hanya golongan yang berduit (orang kaya la) yang biasanya mampu memiliki MAC. Tapi aku nak ingatkan kat korang sekarang produk komputer keluaran Apple, dah ada yang berharga di bawah RM2000.00, contohnya MAC MINI harganya cuma sekitar RM1800.00.  Jadi MAC sekarang dah boleh dimiliki dengan harga yang reasonable la sekarang nih. So tak timbul lagi soal MAC hanya untuk golongan atasan. Walaubagaimanapun harga MAC yang tinggi adalah disebabkan standard dan kualiti software dan hardwarenya yang sangat tinggi. Ini korang akan paham selepas korang teruskan membaca artikel ni.


MEMORI

                                    Image Detail
                                   


          Kebanyakkan PC menawarkan memori(RAM) dari 2GB hingga 8 GB, tidak kira desktop mahupun laptop. Sementara MAC pula hanya sekitar 2 GB hingga 4 GB, dan ini adalah spesifikasi model MAC yang standard bukan custom orders ye.



SAIZ HARD DRIVE (HARD DISK)

                                                       Image Detail
                                  

        Secara tipikalnya hard drive MAC adalah lebih kecil berbanding PC, namun hari ini korang boleh tengok sendiri, rata-rata produk MAC menawarkan hard drive sebesar 500 GB, dan ada sehingga750 GB. Mak oi besar gilller....aku nak simpan apa dalam tu, koleksi pakaian ke hehehheee. Tapi ngam la ngan harganya yang mahal tu kan. Bagi kebanyakkan pengguna kat Malaysia ni la, diorang tak kisah sangat pasal hard drive ni asalkan memadai ok sudah bagi diorang. So bagi kategori ini, PC lah yang selalu menjadi pilihan kebanyakkan pengguna, dengan harga sekitar RM 1800.00 dah boleh dapat PC ngan hard drive sebesar 300 hingga 500 GB. 


KESTABILAN


                              Image Detail

          Dalam beberapa tahun  ni umum sedia maklum PC biasa berhadapan ngan masalah "crash" atau lebih dikenali ngan nama 'blue screen', kalau korang pengguna PC, mesti pernah kene masalah ni right ? bile komputer korang tu tibe-tibe tak berfungsi dan skrinnya bertukar kepada warna biru, itula 'blue screen', macam gambar kat atas tu. Kalau dah kene macam ni alamat nak kene 'formart' la balik biasanya tuh. Akan tetapi sehingga ke versi Windows 7, nampaknya Microsoft telah menjadikan sistemmereka lebih stabil atau reliable. Berbanding MAC yang lebih stabil sejak dari dulu lagi, dan amat jarang berlaku masalah 'crash' ngan produk nih. Tapi macam biasa pengguna PC di Malaysia banyak yang tak kisah ngan permasalahan seperti sebegini.


KESESUAIAN (COMPATIBILITY)


                                   Image Detail


          Tidak seperti PC yang umumnya berteraskan sitem Windows, walaupun kadang-kadang ada gak yang pakai Linux (like me hahaha), hari ini MAC juga turut mampu beroperasi dengan sistem operasi Windows, that means MAC boleh running kedua-dua platform both MAC OS dan Windows...wow! Kalau korang mau merasa menggunakan kombinasi sistem Windows dan Mac di dalam satu komputer yang sama, iaitu MAC, so for sure MAC is your best option. Kalau dulu disebabkan persekitaran kerja-kerja perkomputeran di Malaysia lebih bertumpu kepada sistem Windows, so sistem ni menjadi pilihan utama kebanyakkkan pengguna. Dari jabatan kerajaan hinggalah ke IPT (termasuklah rumah Hisyam kawan aku hehehe), pengguna Malysia lebih familliar ngan produk Microsoft. Bukan disebabkan Windows adalah yang terunggul okey, tetapi promotion kuat la katakan, harga pun murah hehehe. Kalau bab dominasi komoditi computer business, Bill Gates memang terer, sampai pernah dibicarakan di mahkamah perdagangan( hmm padan muka ko).



KEMUDAHAN 



                             Image Detail

           MAC adalah ekslusif milik Apple Inc. Ini bermakna hampir semua 'part' produk ni boleh dibeli ngan harga yang sama atau standard kat mana-mana Apple Store (walau kat Nigeria sekalipun hehehe). Namun sebarang penaiktarafan (upgrade) ke atas produk MAC hanya mampu dilakukan oleh Pusat sokongan Apple yang sah (Pengedar Apple yang sah la tu).

        Part PC plak dengan mudah korang boleh perolehi di mana-mana kedai komputer bukan. Nak upgrade 'hardware' pun senang, semua kedai komputer pun boleh(kecuali kedai Apple la kan). Harga part bagi PC ni pun memang murah jika nak dibandingkan ngan MAC, kedai pun senang jumpa....MAC ni plak, 'Support Center'nya biasanya cuma ada kat bandar yang besar aje. Klau korang beli MAC dan tempat tinggal korang tu terletak kat pelusuk dunia.....kalau jadi apa-apa susah tu.



PERISIAN (SOFTWARE)





          Yang terakhir ialah tentang perisian, bahagian ni agak kritikal sikit untuk dinilai. Ini adalah disebabkan kedua-duanya menjanjikan perisian yang sama-sama hebat. Bagi pengguna PC yang selama ini berbangga dengan perisian Microsoft Office yang memang diiktiraf sebagai perisian persekitaran kerja terbaik, kini tak boleh lagi nak kerek ngan pengguna MAC. Sebab Microsoft dah released Microsoft Office versi MAC hehehe. Ini membuktikan Microsoft dan Apple dah mula bekerjasama secara serius, lebih-lebih lagi semenjak kematian Stephen Jobs. Dulu pun masa mendiang ni masih hidup, beliau dan Bill Gates pernah jugak bekerjasama.

          Dari segi perisian-perisian yang 'superb' plak, contohnya AutoCad...ada dihasilkan untuk kedua-dua produk ni. Maknanya tak kira la samada korang pengguna PC atau MAC, AutoCad available untuk korang suma. Cuma kalau dari segi perisian Games la,memang PC la yang menang. Jadi kalau korang gile ngan permainan komputer PC adalah option terbaik untuk korang okey.

      Akhir sekali, apa yang lebih penting pilihan terbaik adalah berdasarkan minat dan kemampuan. Sehingga ke hari ini,jumlah pengguna PC adalah yang tetinggi dan MAC kekal sebagai gajet untuk golongan elit (elit sangat ke ?). Namun memang diakui kualiti hardware MAC adalah di standard yang tinggi, tapi tak beerti ianya lebih relevan berbanding PC.  Yang lebih penting tak kira walau apa pun produk yang korang guna, as long kalau korang masih boleh mencapai matlamat penggunaan korang ok la kan Kalau korang selidik betul-betul pengguna komputer yang 'pro' or should I say 'Hackers', most of them are using Linux as their main operation system...so dimana MAC DAN PC? Perdebatan tentang siapa yang lebih bagus takkan habis sampai bila-bila, yang penting seperti yang aku selalu ingatkan jadilah pengguna bijak okey...Wassalam.



Rabu, 15 Februari 2012



             MAINFRAMES V.S. SUPERCOMPUTERS
     

     Assalamualaikum, salam satu Malaysia...emm ari ni aku nak citer tentang Supercomputer dan Mainframes computer yang juga dikenali sebagai komputer kerangka utama dalam Bahasa Melayu. Artikel ini menjawab pertanyaan cik Zar Zariena .Walaubagaimana pun artikel ini still bermanfaat untuk korang yang lain k. Perbezaan diantara Supercomputer dan mainframes computer bukan lah sukar sangat untuk difahami. Supercomputer ni biasanya difokuskan untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan pengiraan kelajuan yang tinggi ( High speed calculation) sementara mainframes pulak difokuskan kepada permasalahan yang terbatas kepada   konsep input/output data dan menyelesaikan pelbagai masalah perniagaan (kira untuk urusan perniagaan la). Untuk pemahaman lebih lanjut, sila korang baca penulisan seterusnya.


SUPERCOMPUTER





       Supercomputer adalah komputer yang yang tersangat la power, seperti mana namanya. Korang tengok aje gambarnya kat atas tuh...gempak kan. kalau kat umah, kat mana nak letak yek? Terlibat dalam kerja-kerja pemprosesan dalam kapasiti yang besar, dan tentunya melibatkan kelajuan yang tinggi dalam pengiraan. Supercomputer mula diperkenalkan pada 1960an oleh Seymour Cray di CDC (Control Data Corporation).Supercomputer pada 1970an pula hanya menggunakan sekadar beberapa processor, manakala dalam tahun 1990an pula, jumlah processor di dalam Supercomputer meningkat kepada beberapa ribu sehinggalah sekarang. Biasanya Superkomputer hari ini mengandungi sehingga 10 ribu processor....wow komputer ke apa ni ? bukan Supercomputer tapi Godzillacomputer hehhehee.

     Buat masa ini Supercomputer yang terlaju di dunia adalah K Computer milik Jepun.Kebanyakkan Supercomputer hari ini menggunakan Linux sebagai teras Sistem Operasinya.(aku pun guna Linux heheheheh). Grid tenaga Supercomputer memang sangat-sangat tinggi, kalau korang mampu memasang di rumah korang, silap-silap seluruh kawasan perumahan akan 'blackout' heheheh. Keadaan ini disebabkan ia melibatkan penguasaan komputer dalam jumlah yang sangat besar...so korang pun tau kan kenapa ianya tak sesuai kat umah korang...kecuali kalau korang ada loji nuklear la kat belakang rumah. Secara khusunya Supercomputer digunakan dalam kerja pengiraan tahap hardcore atau sangat intensif iaitu : Quantum Physics, Kaji Cuaca, Kajian Angkasa Lepas, Penerokaan sumber asli seperti minyak dan gas, molecular modeling (korang tak buat mende ni kat umah kan hehhe), dan juga simulasi fizik ( macam simulasi terowong angin untuk kapal terbang ), dan yang paling gempak ialah simulasi senjata nuklear. Jadi jelas kan Supercomputer ni hanya digunakan untuk kerja-kerja yang sangat kompleks dan besar.

... :Colu...  Pleiades ...Country’s...

Kat bawah ni adalah antara kegunaan Supercomputer dari sejak mula konsep Supercomputer diperkenalkan sehinggalah sekarang :

DecadeUses and computer involved
1970sWeather forecasting, aerodynamic research (Cray-1).[66]
1980sProbabilistic analysis,[67] radiation shielding modeling[68] (CDC Cyber).
1990sBrute force code breaking (EFF DES cracker),[69]
3D nuclear test simulations as a substitute for legal conduct Nuclear Proliferation Treaty (ASCI Q).[70]
2010sMolecular Dynamics Simulation (Tianhe-1A)[71]


MAINFRAMES COMPUTER

Mainframes computers  seringkali dirujuk sebagai besi besar, ianya adalah komputer yang juga sangat kuat. Perbezaannya berbanding Supercomputer adalah, ianya biasanya digunakan dalam hal ehwal korporat dan Jabatan kerajaan untuk aplikasi kerja-kerja yang kritikal.(Tapi tak sekritikal kerja-kerja yang dilakukan oleh Supercomputer). Dalam urusan korporat mainframes computer digunakan untuk memproses data yang besar melibatkan statistik pelanggan, perancangan perniagaan dan juga proses transaksi. Terma Mainframe computer asalnya merujuk kepada sebuah kabinet yang sangat besar yang menyimpan CPU dan memori utama komputer yang terawal dicipta. Kemudian istilah atau terma tersebut diguna pakai untuk komputer komersial yang berkuasa rendah dan sederhana, macam komputer peribadi la.Sejarah Mainframe Computer bermula sekitar tahun 1960an, oleh ayah Barrack Obama hehehe gurau aje. Bermula 1960an mainframes computer terus berkembang sehingga kini. Kat bawah ni contoh Mainframes Computer.Jangan terpedaya ngan rupa, pasal rupa kurang lebih aje ngan Supercomputer, but what differentiate supercomputer from mainframe computer is that penggunannya tu.


Image DetailImage Detail


     Jadi korang boleh faham kan mana lagi bagus...sebenarnya tak timbul isu mana yang lagi bagus. Supercomputer mahupun Mainframes Computer, penggunaanya adalah bergantung kepada skop dan keperluan kerja. Klau korang setakat mau main games Mario takkan korang nak pakai Supercomputer kan..gile apa ! FELDA PRODATA misalnya, menggunakan sistem Mainframes Computer untuk menguruskan pengkalan datanya yang tersangat la besarnya tu. Okey cik Zar Zariena, harap informasi ni cukup membantu anda....dan bagi yang lain-lain, harap pengetahuan korang bertambah. Err kalau masih ada persoalan silalah tinggalkan di bahagian ulasan yek...Wassalam.















                                       HARAP KORANG TAK KELIRU YEK !



      Image Detail Assalamualaikum, salam satu Malaysia....emmm mungkin ada yang perasan, artikel aku berkaitan LG Optimus 3D diterbitkan dalam Bahasa Inggeris. Actually it's for the LG Optimus 3D article competition. So aku fikir better to write in English. Bahasa rasmi Blog ni aku still consider Bahasa Kebangsaan kita ok !....Aku harap takde yang keliru....ok Wassalam.



            What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?




   Transformers 3 in 3D Movie Review  Hi everybody, what's up ! Hmmm....what do we have here today? Wow! LG Optimus 3D, well what is that. Sounds like a name for a movie, maybe it's a movie about Transformer and it is in 3D. What !... a movie in 3D, and you have to wear somekind of weird looking glasses, just to experienced the 3D technology. Well if you think so, correct ....you are so wrong hahaha. LG Optimus 3D, a masterpiece and  a new wonder of the world made by Al Gore, hahaha just joking. Actually it made by LG Corp, it's a smart phone and it's really... really smart and awesome. Just take a look at the LG Optimus 3D pictures, it's so beautiful,  and darn, i dont know how to explain it, just see for yourself la.



Image Detail



       What would my 3D world be with LG Optimus ? hmmm an interesting question, so many things came into my mind. I think it's like, you get an opportunity to play computer games with Mick Jagger hehehe. Okey actually I'm kind of person that loves to see this world, in a variety of perspective. With my current smartphone, catch and record any interesting events, has been part of my life. All these years, I though my smartphone is more than enough, plus the camera is 8 megapixel, so it's really fits me. All my interpretation goes wrong when first time I watch this amazing video, a video about LG Optimus 3D. Compares to Optimus 3D, all my pictures  and videos collection  has become just another an ordinary artwork. I know with Optimus 3D, all my pic's and videos will come into life again. Back to the video again, the moment I watch the video, suddenly the world has moved into some kind of slow-motion movie. Everything move in slow mo....except me and the video. Everything started make sense to me, it's like I'm entering the future...10 steps ahead far  from others. What a ground breaking visual experience, the term of graphics and visual has been defined again by LG Optimus 3D. I belive me and my LG Optimus 3D, will be the hot topics among my friends, for a few months  in college. 



Image Detail




     So what else I can say, this piece of innovation is beyond our imagination. Catch an ordinary photo, and view it in amazing 3D on the Optimus 3D screen. Plus dual-core chipset, dual-channel and dual-memory, what else you need more? everything is beyond our expectation. For more information about Optimus 3D just go to this link : http://www.lg.com/my/mobile-phones/all-phones/LG-smart-phone-optimus-P920.jsp. One more thing that makes this little Optimus as a very unique 3D device, there is no need for wearing that dark or weird glasses again.With Smooth and superb graphics rendering, I believe it's like walking into the world of Fairy Tale, everything is perfect and magic. So if you ask me again, What would my 3D world be with LG Optimus 3D....My answer is, it's like I'm living in a perfect world, everything smooth, beautiful and nice.
























Selasa, 14 Februari 2012



Gajet canggih di CES 2012


KOMPUTER Emperor 1510 daripada MWE Lab memberikan ruang bekerja yang ergonomik dan dilengkapi komputer boleh gerak serta sistem audio.


       Assalamualaikum, salam satu Malysia.....emm apa itu CES. Emm ianya merupakan sebuah konvensyen pameran peralatan atau gajet elektronik yang terbesar. Pameran ni sebenarnya boleh jadi kayu pengukur kepada kualiti sesuatu produk elektronik, so bagus untuk pengguna sebagai panduan. Berdasarakan apa yang berlaku di CES, kita sebenarnya sudah boleh mengagak model-model yang bakal dipasarkan pada tahun tersebut. Pameran Elektronik Pengguna (CES 2012) yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bulan lalu berjaya menarik lebih 150,000 penggemar peranti dari seluruh dunia.
Pesta gajet terbesar dalam sejarah AS itu boleh dianggap sebagai pameran yang dinanti-nanti penggemar peranti berteknologi tinggi kerana mengumpulkan pelbagai syarikat terkemuka dunia dengan produk terbaharu masing-masing.
Las Vegas, Nevada yang diberi penghormatan sebagai tuan rumah CES 2012 menjadi saksi kepada himpunan lebih 20,000 produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi dalam membuka tirai Tahun Naga, pada tahun ini.
Antara produk yang dipamerkan termasuk teknologi audio, tablet, pengimejan digital, permainan elektronik, hiburan rumah, teknologi wayarles dan banyak lagi.
"Peranti sambungan mudah alih menunjukkan peningkatan dalam industri elektronik pengguna dan akan menjadi fokus utama dalam CES 2012.
"CES 2012 merupakan tempat terbaik dalam menyaksikan tablet dan telefon pintar terbaharu yang mengetengahkan keupayaan sebenar jalur lebar sehingga peranti tanpa wayar bersesuaian dengan cara kehidupan pengguna," kata Naib Presiden Kanan Persatuan Elektronik Pengguna, Karen Chupka.
Nokia Lumia yang terbaik ( ini aku pernah kasi tau dalam artikel yang lepas).


TELEVISYEN LG 3-D OLED bersaiz 55 inci yang menggunakan cermin mata tiga dimensi turut dipamerkan dalam CES.



       Bintang bagi pameran pada kali ini yang berjaya menarik perhatian media antarabangsa merupakan syarikat telekomunikasi gergasi Nokia yang memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka.
Model Nokia Lumia 900 yang menggunakan sistem operasi Windows Mango dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik dalam pameran tersebut.
Ia yang dilengkapi pemproses Snapdragon 1.4 gigahertz (GHz) dianggap mampu memberi persaingan kepada peranti Android dan iPhone sekaligus melonjak semula jenama Nokia. 
"Ia merupakan telefon Windows pertama yang dibangunkan dan direka untuk pasaran Amerika Utara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Stephen Elop.( harap-harap dipasarkan kat sini jugak).
Katanya lagi, 'peperangan' telefon pintar telah bertukar daripada pertempuran peranti kepada ekosistem.
Walaupun mendapat perhatian media sehingga dianggap hero baharu Nokia, ia masih tidak dapat menjamin model tersebut akan mencuri tumpuan pengguna.
Dalam pada itu, model Fujifilm X Pro 1 beresolusi 16 megapiksel mendapat pengiktirafan sebagai kamera terbaik.
Model terbaharu yang disasarkan kepada jurugambar profesional mengetengahkan reka bentuk vintaj tetapi, dilengkapi teknologi terkini.
Antara produk lain yang berjaya meraih anugerah dalam CES 2012 termasuk ultrabook HP Envy 14 Spectre, tablet e Asus Memo 370T, televisyen OLED LG dan banyak lagi.
Lambakan ultrabook


NOKIA Lumia 900 menggunakan sistem operasi Windows dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di CES.



Sementara itu, menurut pemain industri, dianggarkan terdapat antara 30 dan 70 model ultrabook daripada pelbagai jenama diperkenalkan pada CES tahun ini.
Kebanyakan ultrabook yang dijana Intel adalah lebih nipis dan mempunyai jangka hayat bateri lebih panjang berbanding komputer riba serta dijangka akan meningkatkan industri komputer peribadi.
Menurut Intel, ia berharap ultrabook akan meningkatkan industri komputer mudah alih dalam memberi saingan kepada tablet dan menjangkakan sebanyak 40 peratus penjualan komputer riba pada tahun 2012 adalah ultrabook.


Isnin, 13 Februari 2012

iPhone 4S

http://www.maxis.com.my/personal/iphone4/rates.asp#.TzkMkwPuADk.blogger




       Assalamualaikum, salam satu Malaysia. Today I would like to share with you guys tentang pelan atau pakej iPhone 4S Maxis.Actually aku dah penah shared information tentang iPhone 4S, dalam artikel aku yang lepas bertajuk "Samsung VS iPhone 4S". .......apa-apa pun just check it out for yourself guys....klik aje kat link di atas k !!!!




        TIP PENGGUNAAN WINDOW EXPLORER




tips for windows explorerAssalamualaikum, salam satu Malaysia....apa khabar semua ? Aku alhamdulillah sihat. Orait for this article, i'm going to share with you all about penggunaan Windows Explorer. Windows Explorer adalah fungsi pengurusan fail lalai Windows.For this article I'll show you guys beberapa  dan tip untuk memaksimumkan potensi Windows Explorer korang tuh. Semoga korang beroleh manfaat okey.......

MENGUBAH FOLDER LALAI 

      Dalam Windows 7, apabila korang bukak Windows Explorer, kedudukan lalai Windows Explorer adalah di dalam folder Libraries.Berikut adalah trick mudah bagaimana untuk menetapkan custom location. Maksudnya pengubahsuaian untuk memudahkan korang la ni, dengan meletakkan shortcut atau jalan pintas untuk akses Windows Explorer melalui desktop aje.
  1. Klik kanan kat desktop komputer korang tu dan klik select > New > Shorcut.
  2. Di bawah perkataan ni, Type the location of the item taip explorer.exe /root,path
  3. Pas tuh Next, Masukkan nama untuk shortcut korang tu, dan klik  Finish.

Kat bawah ni adalah contoh paparan setelah korang lakukan langkah 1.

tips for windows explorer


      Ingat di sini bermakna korang akan memberikan laluan penuh kepada fail atau folder yang korang dah tentukan sebagai shortcut ( jalan pintas) tadi.Kalau folder yang korang mau setkan sebagai shortcut tu folder Computer,  just pastekan je following location berikut kat dalam box di atas. : explorer.exe /root,::{20D04FE0-3AEA-1069-A2D8-08002B30309D} Pas tu korang boleh pilih folder mana yang korang mau jadikan shorcut kat desktop korang tuh.

MASUK WINDOWS EXPLORER MELAUI 'KEYBOARD SHORTCUTS'.

      Tiada yang lebih mudah dan stylo daripada teknik 'keyboard shortcuts'. Ertinya menggunakan kombinasi beberapa butang kekunci  untuk mengaktifkan Windows Explorer.Kat bawah ni  adalah beberapa kombinasi kekunci yang relevan untuk korang mengaktifkan Windows Explorer tu. Jangan lupa tekan dulu kekunci pertama diikuti kekunci kedua (tanpa melepaskan  kekunci pertama tadi).

  • [Windows] + [E] =lancarkan Windows Explorer
  • [ALT] + [RIGHT] = maju ke depan
  • [ALT] + [LEFT] = mundur
  • [ENTER] = Buka folder pilihan
  • [ALT] + [UP] = Berpindah ke 'parent directory'
  • [ALT] + [TAB] or [F6] = Bergerak diantara area yang difokuskan
  • [ALT] + [D] = Fokus kepada bar alamat dan pilih laluan semasa
  • [F4] = Buka menu bar 'drop-down' alamat (lokasi folder)
  • [ALT] + [P] = Buka panel 'preview'
  • [ALT] + [ENTER] = Melihat 'propeties' fail pilihan
  • [F2] = Tukar nama fail yang dipilih
  • [F10] = Lompat ke fail Menu
  • [F11] = Tukar kepada mod skrin penuh dan kembali
  • [CTRL] + roda tetikus = Mengubah saiz ikon (berfungsi hampir di semua tempat, berguna di dalam 'browser')

MENGHAPUSKAN DAN ULANG MULA WINDOWS EXPLORER DENGAN BERHEMAH

       Apabila aplikasi tersekat atau 'hang', lalu menghalang anda daripada menutupnya...apa yang korang lakukan. Lebih kritikal lagi apabila Windows Explorer 'crash'..apa yang korang buat. Apap-apa pun jangan gunakan kekerasan atau paksaan ke atas komputer korang tu. Nanti bertambah teruk plak masalah korang. Komputer rosak korang plak jadi gila hehehe. Aku rasa korang akan, samada 'log off ' pas tu masuk balik, atau 'reboot ' balik komputer tu kan ! Walaubagaimana pun menutup dan ulang mula (restarting) Windows Explorer juga membawa kesan yang sama seperti teknik-teknik yang aku sebutkan tadi. Malah lebih relevan, takyah tutup atau restart komputer korang tu( lagi cepat la). Berikut ialah cara selamat dan berhemah untuk mematikan dan 'restart' Windows Explorer di Windows Vista dan 7 :

  1. Pergi ke  Start.
  2. Klik  [CTRL] + [SHIFT] semasa anda sedang klik kanan di ruangan kosong di  'Start menu.'
  3. Pilih  Exit Explorer dari menu yang terpapar.
windows explorer tips

      Prosedur ini akan mematikan Windows Explorer secara berhemah (alahai berhemahnya ), bermakna semua folder akan ditutup dan 'task bar' juga akan hilang...namun sistem Windows masih berjalan. Ha! kan jimat masa korang tu dan lebih efektif.Ingat tuh your sytem, however is still running (takyah bukak tutup komputer....leceh). Rujuk pic kat atas untuk pemahaman yang jelas okey !

Untuk mengembalikan Windows Explorer semula rujuk la kat bawah ni yek :
  1. Gunakan kombinasi kekunci ni [CTRL] + [SHIFT] + [ESC] untuk melancarkan   Task Manager.
  2. Pergi ke > File > New Task (Run…)
  3. Taipkan explorer.exe di Create New Task text field dan klik  OK.
Untuk memudahkan korang...just take a look at the pic kat bawah nie.

tips for windows explorer


Wokey....cukup setakat ni aje...aku percaya dah amat memadai untuk korang semua.Apa yang penting pratikkan la..baru la bermanfaat. Secara automatiknya skill IT korang akan 'upgrade' jugak kan....tambah lagi nilai diri tu.Remember practise makes prefect guys....Wassalam.