HARGA NOTEBOOK ASUS MURAH ..BETUL KE ?
Assalamualaikum salam satu Malaysia....hey..hey...hey. Hari ni aku nak 'share' satu lagi info baru, kali ini tentang notebook beserta harga dan spesifikasinya sekali. Jenama notebook pilihan aku untuk artikel pada kali ini ialah ASUS. Aku rasa korang biasa dengar 'brand' ni.....agak baru jika dibandingkan jenama-jenama popular lain seperti ACER, COMPAQ dan lain-lain.
Okeyla, notebook ASUS yang aku mau perkenalkan ni adalah salah satu model ASUS yang aku kira amat memadai untuk dimiliki. Apabila aku bercakap tentang 'memadai', maksudnya notebook ni amat memadai dari segi harga dan prestasi. Model yang aku maksudkan ni ialah K43U-VX0540, untuk lebih jelas kat bawah aku sertakan rupa bentuk serta 'spec' model tersebut, korang tengok dan baca la.

Specifications |
Specifications |
Model | K43U-VX0540 |
Color | Black Glossy |
Operating system | Windows 7 Starter |
Display | 14" HD Color Shine (LED |
Processor | AMD Dual-Core E450 Mobile Processors -1.65GHz,18W |
Chipset | AMD A50M Chipset |
Wireless | 802.11b/g/N(ASUS) |
Memory | 2GB DDR3 RAM |
Hard Disk Drive | 500GB HDD |
Graphics | AMD Radeon HD 6310 |
Optical Drives | 8 x Super Multi-Dual DVD-Rom |
Audio | Built-in Speakers And Microphone SonicFocus Altec Lansing® Speakers |
Web Camera | 0.3M |
Interface | 1 x Microphone-in jack 1 x Headphone-out jack 1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor 3 x USB 2.0 port(s) 1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert 1 x HDMI |
Card Reader | 3-in-1 card reader ( SD/ MS / MMC) |
Bluetooth | YES |
LAN | 10/100/1000 Base T |
Battery Pack | 6Cells : 5200 mAh 56 Whrs |
Dimension | 34.8 x 24.198 x 3.46 cm (WxDxH) |
Weight | 2.60 kg (with 6 cell battery)
|
Untuk menguatkan lagi dakwaan aku betapa notebook ini amat memadai untuk dimiliki ialah, harganya cuma RM 1399.00. Amacam betul kan, amat memadai dan berbaloi-baloi. Dengan harga sebegini murah bagi sebuah notebooh bersaiz 14 inci, siap ada graphic card lagi (AMD Radeon 6310) ditambah ngan saiz hard disk yang besar iaitu 500GB. Pergh okey la tu....memang 'safe budget' la. Untuk mereka yang tak mampu nak beli notebook yang mahal untuk main 'game', model ini sudah memadai bagi korang untuk main banyak pilihan 'games' di pasaran. Kalau setakat 'Devil May Cry 4' memang lepas. Kalau ada antara korang yang mau menggunakan software grafik seperti 'AutoCad', notebook ni mampu 'running' software tersebut dengan baik sekali.
Mungkin korang perasan kelajuan 'processor' cuma 1.65GHz, tapi korang kena ingat.....AMD Dual-Core E450 mampu menggandakan keupayaannya untuk bekerja 2 kali ganda dari nilai yang dicatatkan. Satu lagi aku nak kasi tau korang....emm ini model tahun 2011, bukan lama sangat pun...dan 'still available' di pasaran. Mungkin rupa luarannya biasa-biasa sahaja, tapi kualitinya dijamin bagus woo..plus dia punyer 'warranty' 2 tahun. Okeyla lain kali aku akan kenalkan korang ngan model-model yang lain lagi...bukan model fesyen pakaian ye, tapi notebook hehhehhee. Okeylah jadi la pengguna yang bijak, pastikan berbaloi untuk duit yang korang laburkan tu...dan jangan lupa ada apa-apa soalan taip aje kat bahagian ulasan tu yek....ok Wassalam.
|
|
4 ulasan:
baru dapat info tentang nie, lau tahu bek beli asus je kan .. tapi x kisah lah ..
nak mnta tolong terangkan types of software development strategy, bole dak ?? tapi dlm bahasa yg mudah difahami laa .. hihihihi ...
Insya Allah boleh.....rajin2 la check blog ni yek.
laptop ni sesuai x untuk kegunaan office yg memng heavy use for kira-kira, spreadsheet etc.. ala2 accountant/engineeirng job
sebnyer saya tgh cari laptop yg office use and can sesuai untuk remote server from home
Actually ni model tahun lepas (2012) ..but I believe it still available la....tapi untuk tahun 2013 ni lebih banyak model2 baru di pasaran yg lebih masyuk dari ini dia punye prestasi. Malahan harga pun lebih kurang. Saya syorkan brand Asus...sbb harganya yg kompetetif dan kualiti yang amat memuaskan. Lagi gempak prestasinya memang superb. Pada sekitar RM 1600.00 awak dah boleh dapat sebuah laptop Asus dgn spec seperti berikut:
Processor : Intel i3
Graphic : nVidia gForce
Hd : 500 gb
Body material : aluminium dan scratch resistant
And not to forget....memang sangat ringan dan tipis kira level ultra book la...bukan lagi macam..mmg boleh diklasifikasikan sbg ultra book. Itu baru dia punyer basic spec aa....banyak lagi kelebihan lain..yg sy kira awk kwne survey sendiri. Tapi spec laptop ni memang dah mencukupi utk support kerja2 yang based on office specification.kalau kerja2 grafik mcm 3dMax atau autoCad pun bole bha....nVidia bha itu dia punyer graphic card. Tapi kalau mampu bwli yg pakai processor i5 lagi best.tapi harga sekitar RM 1800.00 la. Apa2 pun tepuk poket tanya kemampuan hahaha. Ha last sekali berkenaan rwmotw server dari rumah..emm sudah semestinya boleh. Komputer desktop saya yang pakai pentium D..tahun gajah tu pun boleh jadi remote server. Apa yg penting prosedur untuk remote server dr rumah awak tu...dipatuhi. maksudnya asalkan betul caranya tentu saja boleh. Harap jawapan yg tak seberapa nak ringkas ni dpt menjawab kemusykilan cik MyHeart. Kalau ada apa2 soalan lagi feel free to foward your question k.wassalam.
Catat Ulasan