PC (Windows) VS MAC (APPLE)
Assalamualaikum salam satu Malaysia......emmm satu lagi artikel dari aku untuk korang. Topik kali ni aku kira agak hot jugak, iaitu PC VS MAC...bagi yang tak paham biar aku jelaskan. PC tu merujuk kepada komputer yang menggunakan Windows sebagai Sistem Operasi, sementara MAC plak apa lagi kalau bukan komputer keluaran Apple Inc. Faham bukan...okey kita teruskan yek ! Hmmm perdebatan tentang siapa lagi bagus diantara kedua-dua nama ini dah berlangsung sejak lama dulu (tapi bukan zaman dinosour la). Peminat susah mati PC akan menganggap pengguna MAC sebagai pengguna yang hanya hanya sekadar tahu menayang kemewahan, pengguna MAC plak beranggapan mereka adalah yang keterhadapan, paling canggih la konon(tapi tak semua macam tu).
So which one is the best ? it's really mengelirukan right ? Ok secara jujurnya untuk memperjelaskan topik ni.....memang la memakan masa yang panjang dan ruangan yang sangat besar(ertinya aku tak larat nak taip la). But i'll try my best untuk memberi anda sedikit garis panduan yang aku kira cukup untuk buat korang faham. For future article, Insya Allah aku akan tambah lagi info tentang topik ni. Sebelum tu I would like to remind all of you that, aku menilai kedua-dua produk ni secara telus dan adil ok. Lagipun aku ni pengguna PC tegar and in the same time aku jugak peminat MAC....so adil kan? Okey la without further a due kat bawah beberapa perbandingan diantara PC dan MAC :
KOS
Macam biasa la sebagai pengguna kos merupakan kata kunci utama dalam menentukan arah perbelanjaan kita kan. Macam biasa juga kebanyakkan pengguna cuma tau, mau yang murah tapi mesti sangat berkualiti, aku ulangi sangat berkualiti...hey sakit la peniaga macam ni, diorang pun nak hidup jugak. Okeylah sebagai pengguna bijak anda tentunya mahukan pelaburan anda berbaloi dengan wang yang dibelanjakan, betul tak.
Sejak beberapa tahun PC mendominasi pasaran dengan menawarkan harga yang sangat friendly market, compare to MAC yang harganya yang kita sedia maklum tersangat la mahalnya. Mati hidup balik macam tak penah jumpa produk MAC yang harganya bawah RM2500.00.(kecuali second hand la hehehe).Situasi ini memungkinkan hanya golongan yang berduit (orang kaya la) yang biasanya mampu memiliki MAC. Tapi aku nak ingatkan kat korang sekarang produk komputer keluaran Apple, dah ada yang berharga di bawah RM2000.00, contohnya MAC MINI harganya cuma sekitar RM1800.00. Jadi MAC sekarang dah boleh dimiliki dengan harga yang reasonable la sekarang nih. So tak timbul lagi soal MAC hanya untuk golongan atasan. Walaubagaimanapun harga MAC yang tinggi adalah disebabkan standard dan kualiti software dan hardwarenya yang sangat tinggi. Ini korang akan paham selepas korang teruskan membaca artikel ni.
MEMORI
Kebanyakkan PC menawarkan memori(RAM) dari 2GB hingga 8 GB, tidak kira desktop mahupun laptop. Sementara MAC pula hanya sekitar 2 GB hingga 4 GB, dan ini adalah spesifikasi model MAC yang standard bukan custom orders ye.
SAIZ HARD DRIVE (HARD DISK)
Secara tipikalnya hard drive MAC adalah lebih kecil berbanding PC, namun hari ini korang boleh tengok sendiri, rata-rata produk MAC menawarkan hard drive sebesar 500 GB, dan ada sehingga750 GB. Mak oi besar gilller....aku nak simpan apa dalam tu, koleksi pakaian ke hehehheee. Tapi ngam la ngan harganya yang mahal tu kan. Bagi kebanyakkan pengguna kat Malaysia ni la, diorang tak kisah sangat pasal hard drive ni asalkan memadai ok sudah bagi diorang. So bagi kategori ini, PC lah yang selalu menjadi pilihan kebanyakkan pengguna, dengan harga sekitar RM 1800.00 dah boleh dapat PC ngan hard drive sebesar 300 hingga 500 GB.
KESTABILAN

Dalam beberapa tahun ni umum sedia maklum PC biasa berhadapan ngan masalah "crash" atau lebih dikenali ngan nama 'blue screen', kalau korang pengguna PC, mesti pernah kene masalah ni right ? bile komputer korang tu tibe-tibe tak berfungsi dan skrinnya bertukar kepada warna biru, itula 'blue screen', macam gambar kat atas tu. Kalau dah kene macam ni alamat nak kene 'formart' la balik biasanya tuh. Akan tetapi sehingga ke versi Windows 7, nampaknya Microsoft telah menjadikan sistemmereka lebih stabil atau reliable. Berbanding MAC yang lebih stabil sejak dari dulu lagi, dan amat jarang berlaku masalah 'crash' ngan produk nih. Tapi macam biasa pengguna PC di Malaysia banyak yang tak kisah ngan permasalahan seperti sebegini.
KESESUAIAN (COMPATIBILITY)

Tidak seperti PC yang umumnya berteraskan sitem Windows, walaupun kadang-kadang ada gak yang pakai Linux (like me hahaha), hari ini MAC juga turut mampu beroperasi dengan sistem operasi Windows, that means MAC boleh running kedua-dua platform both MAC OS dan Windows...wow! Kalau korang mau merasa menggunakan kombinasi sistem Windows dan Mac di dalam satu komputer yang sama, iaitu MAC, so for sure MAC is your best option. Kalau dulu disebabkan persekitaran kerja-kerja perkomputeran di Malaysia lebih bertumpu kepada sistem Windows, so sistem ni menjadi pilihan utama kebanyakkkan pengguna. Dari jabatan kerajaan hinggalah ke IPT (termasuklah rumah Hisyam kawan aku hehehe), pengguna Malysia lebih familliar ngan produk Microsoft. Bukan disebabkan Windows adalah yang terunggul okey, tetapi promotion kuat la katakan, harga pun murah hehehe. Kalau bab dominasi komoditi computer business, Bill Gates memang terer, sampai pernah dibicarakan di mahkamah perdagangan( hmm padan muka ko).
KEMUDAHAN

MAC adalah ekslusif milik Apple Inc. Ini bermakna hampir semua 'part' produk ni boleh dibeli ngan harga yang sama atau standard kat mana-mana Apple Store (walau kat Nigeria sekalipun hehehe). Namun sebarang penaiktarafan (upgrade) ke atas produk MAC hanya mampu dilakukan oleh Pusat sokongan Apple yang sah (Pengedar Apple yang sah la tu).
Part PC plak dengan mudah korang boleh perolehi di mana-mana kedai komputer bukan. Nak upgrade 'hardware' pun senang, semua kedai komputer pun boleh(kecuali kedai Apple la kan). Harga part bagi PC ni pun memang murah jika nak dibandingkan ngan MAC, kedai pun senang jumpa....MAC ni plak, 'Support Center'nya biasanya cuma ada kat bandar yang besar aje. Klau korang beli MAC dan tempat tinggal korang tu terletak kat pelusuk dunia.....kalau jadi apa-apa susah tu.
PERISIAN (SOFTWARE)

Yang terakhir ialah tentang perisian, bahagian ni agak kritikal sikit untuk dinilai. Ini adalah disebabkan kedua-duanya menjanjikan perisian yang sama-sama hebat. Bagi pengguna PC yang selama ini berbangga dengan perisian Microsoft Office yang memang diiktiraf sebagai perisian persekitaran kerja terbaik, kini tak boleh lagi nak kerek ngan pengguna MAC. Sebab Microsoft dah released Microsoft Office versi MAC hehehe. Ini membuktikan Microsoft dan Apple dah mula bekerjasama secara serius, lebih-lebih lagi semenjak kematian Stephen Jobs. Dulu pun masa mendiang ni masih hidup, beliau dan Bill Gates pernah jugak bekerjasama.
Dari segi perisian-perisian yang 'superb' plak, contohnya AutoCad...ada dihasilkan untuk kedua-dua produk ni. Maknanya tak kira la samada korang pengguna PC atau MAC, AutoCad available untuk korang suma. Cuma kalau dari segi perisian Games la,memang PC la yang menang. Jadi kalau korang gile ngan permainan komputer PC adalah option terbaik untuk korang okey.
Akhir sekali, apa yang lebih penting pilihan terbaik adalah berdasarkan minat dan kemampuan. Sehingga ke hari ini,jumlah pengguna PC adalah yang tetinggi dan MAC kekal sebagai gajet untuk golongan elit (elit sangat ke ?). Namun memang diakui kualiti hardware MAC adalah di standard yang tinggi, tapi tak beerti ianya lebih relevan berbanding PC. Yang lebih penting tak kira walau apa pun produk yang korang guna, as long kalau korang masih boleh mencapai matlamat penggunaan korang ok la kan Kalau korang selidik betul-betul pengguna komputer yang 'pro' or should I say 'Hackers', most of them are using Linux as their main operation system...so dimana MAC DAN PC? Perdebatan tentang siapa yang lebih bagus takkan habis sampai bila-bila, yang penting seperti yang aku selalu ingatkan jadilah pengguna bijak okey...Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan