SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Isnin, 13 Februari 2012





        TIP PENGGUNAAN WINDOW EXPLORER




tips for windows explorerAssalamualaikum, salam satu Malaysia....apa khabar semua ? Aku alhamdulillah sihat. Orait for this article, i'm going to share with you all about penggunaan Windows Explorer. Windows Explorer adalah fungsi pengurusan fail lalai Windows.For this article I'll show you guys beberapa  dan tip untuk memaksimumkan potensi Windows Explorer korang tuh. Semoga korang beroleh manfaat okey.......

MENGUBAH FOLDER LALAI 

      Dalam Windows 7, apabila korang bukak Windows Explorer, kedudukan lalai Windows Explorer adalah di dalam folder Libraries.Berikut adalah trick mudah bagaimana untuk menetapkan custom location. Maksudnya pengubahsuaian untuk memudahkan korang la ni, dengan meletakkan shortcut atau jalan pintas untuk akses Windows Explorer melalui desktop aje.
  1. Klik kanan kat desktop komputer korang tu dan klik select > New > Shorcut.
  2. Di bawah perkataan ni, Type the location of the item taip explorer.exe /root,path
  3. Pas tuh Next, Masukkan nama untuk shortcut korang tu, dan klik  Finish.

Kat bawah ni adalah contoh paparan setelah korang lakukan langkah 1.

tips for windows explorer


      Ingat di sini bermakna korang akan memberikan laluan penuh kepada fail atau folder yang korang dah tentukan sebagai shortcut ( jalan pintas) tadi.Kalau folder yang korang mau setkan sebagai shortcut tu folder Computer,  just pastekan je following location berikut kat dalam box di atas. : explorer.exe /root,::{20D04FE0-3AEA-1069-A2D8-08002B30309D} Pas tu korang boleh pilih folder mana yang korang mau jadikan shorcut kat desktop korang tuh.

MASUK WINDOWS EXPLORER MELAUI 'KEYBOARD SHORTCUTS'.

      Tiada yang lebih mudah dan stylo daripada teknik 'keyboard shortcuts'. Ertinya menggunakan kombinasi beberapa butang kekunci  untuk mengaktifkan Windows Explorer.Kat bawah ni  adalah beberapa kombinasi kekunci yang relevan untuk korang mengaktifkan Windows Explorer tu. Jangan lupa tekan dulu kekunci pertama diikuti kekunci kedua (tanpa melepaskan  kekunci pertama tadi).

  • [Windows] + [E] =lancarkan Windows Explorer
  • [ALT] + [RIGHT] = maju ke depan
  • [ALT] + [LEFT] = mundur
  • [ENTER] = Buka folder pilihan
  • [ALT] + [UP] = Berpindah ke 'parent directory'
  • [ALT] + [TAB] or [F6] = Bergerak diantara area yang difokuskan
  • [ALT] + [D] = Fokus kepada bar alamat dan pilih laluan semasa
  • [F4] = Buka menu bar 'drop-down' alamat (lokasi folder)
  • [ALT] + [P] = Buka panel 'preview'
  • [ALT] + [ENTER] = Melihat 'propeties' fail pilihan
  • [F2] = Tukar nama fail yang dipilih
  • [F10] = Lompat ke fail Menu
  • [F11] = Tukar kepada mod skrin penuh dan kembali
  • [CTRL] + roda tetikus = Mengubah saiz ikon (berfungsi hampir di semua tempat, berguna di dalam 'browser')

MENGHAPUSKAN DAN ULANG MULA WINDOWS EXPLORER DENGAN BERHEMAH

       Apabila aplikasi tersekat atau 'hang', lalu menghalang anda daripada menutupnya...apa yang korang lakukan. Lebih kritikal lagi apabila Windows Explorer 'crash'..apa yang korang buat. Apap-apa pun jangan gunakan kekerasan atau paksaan ke atas komputer korang tu. Nanti bertambah teruk plak masalah korang. Komputer rosak korang plak jadi gila hehehe. Aku rasa korang akan, samada 'log off ' pas tu masuk balik, atau 'reboot ' balik komputer tu kan ! Walaubagaimana pun menutup dan ulang mula (restarting) Windows Explorer juga membawa kesan yang sama seperti teknik-teknik yang aku sebutkan tadi. Malah lebih relevan, takyah tutup atau restart komputer korang tu( lagi cepat la). Berikut ialah cara selamat dan berhemah untuk mematikan dan 'restart' Windows Explorer di Windows Vista dan 7 :

  1. Pergi ke  Start.
  2. Klik  [CTRL] + [SHIFT] semasa anda sedang klik kanan di ruangan kosong di  'Start menu.'
  3. Pilih  Exit Explorer dari menu yang terpapar.
windows explorer tips

      Prosedur ini akan mematikan Windows Explorer secara berhemah (alahai berhemahnya ), bermakna semua folder akan ditutup dan 'task bar' juga akan hilang...namun sistem Windows masih berjalan. Ha! kan jimat masa korang tu dan lebih efektif.Ingat tuh your sytem, however is still running (takyah bukak tutup komputer....leceh). Rujuk pic kat atas untuk pemahaman yang jelas okey !

Untuk mengembalikan Windows Explorer semula rujuk la kat bawah ni yek :
  1. Gunakan kombinasi kekunci ni [CTRL] + [SHIFT] + [ESC] untuk melancarkan   Task Manager.
  2. Pergi ke > File > New Task (Run…)
  3. Taipkan explorer.exe di Create New Task text field dan klik  OK.
Untuk memudahkan korang...just take a look at the pic kat bawah nie.

tips for windows explorer


Wokey....cukup setakat ni aje...aku percaya dah amat memadai untuk korang semua.Apa yang penting pratikkan la..baru la bermanfaat. Secara automatiknya skill IT korang akan 'upgrade' jugak kan....tambah lagi nilai diri tu.Remember practise makes prefect guys....Wassalam.

Tiada ulasan: