SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Selasa, 17 Januari 2012


                     
                                 MUAT TURUN FAIL VIDEO DARI YOUTUBE


    
     Assalamualaikum salam satu Malaysia...semoga topik-topik yang aku sentuh sebelum ni bermanfaat untuk korang. Okey ari ni aku nak share ngan korang tentang macam mana nak download video dari Youtube. Aku percaya ramai yang dah tau tekniknya....cuma kita perlu ingat masih ada kawan kita kat luar tu masih lagi terkial-kial untuk mendownload video kegemaran mereka, Jadi apa salahnya kita bantu mereka. Alright.....untuk tidak melengahkan masa....ayuh kita melangkah.

       Ada beberapa teknik dan' tools' yang  korang boleh gunakan untuk tujuan muat turun video ni, tapi untuk artikel ni aku hanya menyentuh tentang 'tool's. 'Tools' atau 'software' untuk download video ni ada banyak....emm antaranya IDM, MOYEA DOWNLOADER dan ORBIT. Tapi aku hanya ingin memperkenalkan kepada korang tentang ORBIT.....bukan sebab ia adalah yang terbaik, tetapi ia sudah memadai dan aku memang selesa ngan software ni. Untuk pengetahuan korang IDM adalah yang paling popular, tetapi terlalu banyak isu yang timbul di kalangan pengguna amatur. Jadi ORBIT adalah paling mudah dan tak banyak karenah (sebenarnya takde pun).



Orbit Rich Media Downloader: YouTube Downloader and more social video and music downloader



      Apa itu ORBIT...emm seperti yang telah aku jelaskan tadi ORBIT adalah sebuah program yang berfungsi untuk memuat turun fail video, muzik dan juga fail teks (termasuklah PDF), ini bermakna bukan setakat video kat Youtube tu aje korang boleh muat turun. Fail yang dimuat turun menggunakan ORBIT akan disimpan di dalam drive C, di bahagian  'download'. Dan yang paling best ianya 'free'.....betul aku tak tipu ni ( sebut aje 'free' besar mata korang hehehe). Untuk download software ni korang google aje.....taip nama ORBIT DOWNLOADER, pas tu korang mesti nampak banyak web yang menawarkan program ni untuk di'download'. Kat atas ni ada aku selitkan rupa logo ORBIT tu...korang download la yang sesuai ngan sistem operasi korang...ertinya, kalau korang pakai Windows 7, download la yang compitible ngan sistem korang tu. Kalau korang mau download program ni 'klik' aje kat 'link' ni, http://download.cnet.com/Orbit-Downloader/3000-2071_4-10600926.html.

       Dah abis download.....korang install la, ala senang aje....klik aje butang install tu. Apabila di'install' program ini akan diintegerasikan ke dalam web browser korang, misalnya Internet Explorer...semuanya secara automatik jangan bimbang .....tapi korang jangan la tak baca langsung apa yang tertera masa proses 'install' tu. Apabila program tu sudah diintegerasikan ke Web Browser korang....ini bermakna apabila korang masuk aje laman Youtube tu, korang dah boleh muat turun dah fail video tu, ngan cara menghalakan 'mouse button' korang tu ke dalam video tu. Cuba perhatikan, secara automatik terpapar  kotak kecil yang bertulis  'Get It'..kalau korang kling kotak tu, akan terpapar satu lagi box yang mintak korang 'confirm'kan samada mau dowload atau tak fail tersebut. Kalau korang klik 'download' maka proses muat turun akan bermula. Kat mana fail tu disimpan setelah selesai muat turun....kan aku dah jelaskan kat atas....bacalah.


        Kalau ada yang masih tak faham takpe nanti gua akan terangkan secara 'step-by-step' kepada korang. Gua akan 'share'kan sekali link untuk 'download' program ni. Sekarang gua dah tak tahan mengantuk la plak, gua kasi siap artikel ni pun pasal dah janji ngan sorang kawan. Okey la, Wassalam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bleh tnjuk ka cra2xnya tau cntohnya ka?hehehe

wancha berkata...

Ada suda aku tunjukkan cara menggunakan orbit downloader tu.....baca la artikelnya k