KEYBOARD SHORTCUTS
Assalamualaikum salam satu Malaysia……..korang apa khabar? Kalau korang tengah baca artikel ni aku rasa korang sihat la ni..Insya Allah. Aku pun, kalau aku demam…takkan aku mampu taip artikel ni ka. Syukur Alhamdulillah, aku sihat dan dikurniakan dengan banyak ilham buat masa ni. Pasal banyak ilham ni la, sampai terhasilnya lukisan kat atas ni..emm dah lama aku tak melukis, masih ada lagi sentuhan aku ni rupanya ( syok sendiri hehehe ). Anyway lukisan tu takde kaitan ngan artikel kali ni….saja nak kasi ‘colourful’ sikit ‘space’ yang ade.
Baiklah kali ni aku nak kongsikan dengan
korang satu lagi informasi yang aku rasa sangat bermanfaat. Ilmu yang aku nak
turunkan ni berkaitan ‘keyboard
shortcuts’….dalam erti kata lain memanipulasi ‘keyboard’ untuk penggunaan
komputer yang lebih efisyen (kira
jalan pintas la ni). Okey takyah lengahkan masa lagi kalau korang nak jadi 'keyboard cowboy' ayuh kita gerak :
Sebelum bermula ingat,
setiap butang tu tak perlu ditekan serentak, korang Cuma perlu tekan butang
pertama dahulu baru diikuti butang
seterusnya. Tapi pastikan butang yg
korang tekan tu tak dilepaskan okey.
1. ALT + TAB = TUKAR PAPARAN
ANTARAMUKA WINDOWS x
2. ALT + SPACE
+ X =
BESARKAN PAPARAN WINDOWS
3. CTRL + SHIFT + ESC = TASK
MANAGER
4. WINDOWS KEY + D = SEMBUNYI /
PAPARKAN SEMUA WINDOWS
5. CTRL + C = COPY
/ SALIN
6. CTRL + X = CUT
/ POTONG
7. CTRL + V = PASTE / TEMPEL
8. WINDOWS + M = KECILKAN PAPARAN
SEMUA TETINGKAP
9. CTRL + LEFT ARROW = UNDUR CURSOR
1 PERKATAAN
10. CTRL + UP ARROW = UNDUR CURSOR SATU
PERENGGAN
11. CTRL + DOWN ARROW = MAJU CURSOR SATU
PERENGGAN
12. WINDOWS KEY + BREAK = SYSTEM PROPERTIES
13. WINDOWS KEY + F = SEARCH / CARIAN
14. CTRL + ESC = BUKA
MENU PROGRAM
15. ALT +
F4 =
TUTUP
PROGRAM SEMASA
Banyak faedahnya kalau korang kuasai
‘keyboard shortcuts’, andai kata ‘mouse’ korang rosak, dan korang kene buat
assignment ( bagi student la )……teknik ini akan banyak membantu korang di kala ‘emergency’. Wokey…..ini
aje la buat masa ni, kalau banyak sangat nanti pening plak kepala korang. Satu
lagi jangan lupa, beri la sebarang komen
pasal pengisian Blog aku ni…kalau ada soalan ajukan je, Insya Allah aku akan
jawab k. Jawapan bagi soalan korang tu aku akan ‘share’kan ngan korang semua di
Blog ni nanti okey….Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan