SELAMAT DATANG.....AYUH KONGSIKAN INFORMASI YANG ADA

Assalamualaikum, salam satu Malaysia......semoga blog ni mampu menyumbang kepada pertambahan pengetahuan korang berkaitan ilmu IT atau teknologi maklumat.Kalau korang ada Sebarang persoalan...ajukan aje, dan Insya Allah aku akan cuba jawab k? Jangan lupa yek sharekan atau 'link'kan Blog ni kat Facebook korang k...kita kongsi-kongsikan la bersama yek informasi yang ada.
Powered By Blogger

KLIK-KLIK LA KAT IKLAN NI HA YE !!!

Khamis, 19 Januari 2012




                     MENYAMBUNG LAPTOP KE  'AC POWER' MEROSAKKAN BATERI ?.....




laptop battery life


         Menggunakan laptop yang  disambungkan ke soket elektrik tanpa menanggalkan bateri(AC Power), boleh merosakkan bateri?  Mestikah bateri tersebut ditanggalkan, kalau nak sambungkan laptop 'direct' ke soket elektrik? emm inilah soalan yang acapkali diajukan kepada aku.....hmmm soalan ini agak 'catchy' dan kompleks. Pakar-pakar komputer mempunyai pelbagai pandangan terhadap situasi ini, ada yang berpendapat...apabila kita mahu menyambungkan sumber elektrik secara langsung ke laptop, bagi tujuan menggunakan laptop tu...kita mestilah menanggalkan bateri laptop tersebut. Ini bermakna kalau untuk tujuan 'charging' takde masalah, tapi kalau korang nak buat kerja atau 'running' laptop tu, bateri mesti ditanggalkan. Namun ada juga yang berpendapat laptop masa kini boleh diguna pakai, dan dalam masa yang sama disambungkan ke soket elektrik (tanpa menanggalkan bateri). Mengelirukan bukan..tak tau mana satu kita nak ikut.


            Setelah aku membuat beberapa penyelidikan dan melalui pengalaman aku sendiri jugak.....jawapan bagi kedua-dua soalan tersebuta ialah 'ya', bateri mesti ditanggalkan atau dibuka. Mengapa aku kata ya....korang baca la terus hehehee. Untuk memberi kefahaman yang mudah kepada korang, aku fikir adalah lebih baik kita mengenali akan sifat bateri laptop itu sendir. Tak kenal maka tak cinta ye tak?



           BAGAIMANA BATERI LAPTOP BEKERJA

           Jenis bateri laptop yang digunakan di pasaran hari ini adalah dari jenis Lithium-Ion (Li-Ion). Secara ringkas (pasal ni bukan sains komputer ok), apabila laptop bekerja, ion di dalam bateri akan mengalir dari anod ke katod ( korang penah belajar kat sekolah pasal dua mende nih )....proses ini menghasilkan tenaga dan menyahcaskan bateri tersebut. Dalam bahasa mudahnya tenaga bateri tu akan berkurangan seiring dengan penggunaan laptop tersebut. Alah ini budak darjah 1 pun tau ni.


laptop battery life


           BAGAIMANA KETAHANAN BATERI BOLEH MEROSOT ?

             Secara teorinya, proses pengecasan dan nyahcas bateri aka berlaku berulang-ulang, selagi laptop tersebut digunakan. Walaubagaimanapun, korang kena faham betapa setiap benda, termasuklah bateri..mempunyai jangka hayat. Kemerosotan ketahanan bateri laptop berlaku apabila ion terperangkap dan tidak dapat mengalir dari anod ke katod. Dalam erti kata lain, kapasiti bateri akan merosot setiap kali penggunaan, namun dalam jangka masa yang perlahan. Untuk pengetahuan korang biarpun bateri tu disimpan aje, tak digunakan....kapasitinya tetap akan merosot. Keadaan ini adalah normal....kerana kapasiti bateri  jenis ini akan mula merosot setelah ia dihasilkan di kilang.


               Namun kita boleh memanjangkan jangka hayat bateri ni, dengan beberapa teknik penggunaan yang betul. Mahal woo harga sebijik bateri ni......sekitar RM 190 jugak tu, jadi kenalah jaga betul-betul. Okey aku terangkan secara terperinci, sebab-sebab mengapa kualiti bateri Lithium-ion boleh merosot.


1. Voltan tinggi dan terlebih cas

Ni la yang korang mesti jaga....terlebih cas atau elektrik yang terlalu tinggi voltannya, akan memudaratkan bateri laptop korang. Kekerapan mengecas bateri laptop secara berlebihan (overcharge), akan memudaratkan bateri tersebut.

2. Suhu tinggi

Suhu bilik yang terlalu tinggi akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia pada bateri, dan seterusnya mengakibatkan bateri ion kehilangan kapasitinya. Ingat mesti pakai kipas kat bawah laptop tu.

3. Suhu rendah

Suhu persekitaran yang terlalu rendah ( sejuk sangat la tu ) mampu merosakkan material di dalam bateri laptop korang. Tapi korang bukan tinggal kat Alaska kan..jadi tak perlu bimbang la kan. Aku tak fikir yang korang akan membuat perkara aneh seperti menyimpan laptop di dalam peti sejuk.

4. Nyahcas secara sendiri

Walaupun tidak digunakan, kapasiti bateri Lithium-Ion akan ternyahcas secara sendiri sebanyak 8% sebulan. Ini pada suhu 21 darjah celcius. Dan nilai pengurangan adalah semakin tinggi apabila suhu semakin panas. Biasanya setelah tidak digunakan dalam masa yang sangat lama, kaoasiti bateri hanya akan tinggal di bawah paras 20%.

5. Kejutan fizikal

Kejutan fizikal seperti terhempas atau terhentak, mampu merosakkan bateri. Korang pun kalau terhempas dari katil.....bole ilang ingatan jugak tu hehhehe.



                        JADI MESTI TANGGAL ATAU TAK ? 


            Kesimpulannya.....ya, korang mesti tanggalkan bateri, kalau korang mau guna laptop sambil 'plug in' kat soket elektrik ( AC Power). Ini akan mengelakkan bateri korang terdedah dengan suhu yang terlalu panas, serta korang tak perlu risau terlebih cas bateri korang tu. Bila aku kata buka bateri, tak bermaksud korang buka begitu aje....laptop korang mesti di'off''kan dulu paham. Ini untuk tujuan keselamatan korang la,takut nanti terkena kejutan elektrik...sapa yang susah, bukan aku hehehehe.





          BAGAIMANA MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT BATERI


1. Elakkan guna bateri sampai kurang daripada 20%, kalau dah dekat 20% cas la balik

2. Adalah lebih baik, apabila kapasiti bateri tinggal separuh ( 50 %)...korang terus cas balik

3. Jangan  biarkan bateri masih melekat kat laptop, apabila korang 'running' ngan AC power.



Okeyla semoga korang beroleh manfaat daripada artikel yang serba ringkas ni...next time aku akan terangkan, macam mana plak kalau nak 'running' laptop berteraskan bateri......wassalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak selesaikan masalah saya.... Laptop saya baru baru ni apabila dicharge terasa seperti ada kejutan elektrik terutama di bahagian keyboard.... Sebelum ini tidak pernah berlaku